0


Biasalah dah lama jadi penyampai radio di stesen radio tempatan, setiap Dj mesti ada pendengar setia dorang sendiri.. Sebelum ini, Fara Fauzana dah tamatkan kontrak di stesen radio Hot Fm dah buatkan ramai pendengar setia Fara sedih sebab dah tak dapat dengar suara Dj kesayangan dorang bersairan di udara..

Kali ini, penyampai radio Linda Onn pulak dah tamatkan kontrak sebagai Dj di Suria FM.. Bukan atas kerelaan diri Linda nak berhenti jadi Dj, kontrak Linda dah pun tak disambung oleh pihak Suria FM.. Linda akui sedih sebab terpaksa meninggalkan dunia penyiaran.. Dah lama jadi Dj, bila dah tak dapat bersiaran lagi mesti la rindu

Menerusi akaun Instagram milik Linda, ramai pendengar setia Linda di stesen radio Sinar FM yang kecewa sebab kontrak Linda tak disambungkan.. Banyak komen yang tak puas hati dengan pihak Sinar FM sebab dah berhentikan Linda dari jadi Dj di stesen radio tu.. Peminat harap Linda dapat kembali ke udara sebab rindu nak dengar suara Linda di radio..

Membalas setiap komen dari peminat, Linda harap setiap peminat dapat doakan dirinya dapat kembali stesen radio lain untuk kembali bersiaran, “Doakan linda di ruang udara lain ya” tulis Linda.. Linda harap stesen radio lain dapat beri tawaran pada diri supaya dapat muncul ke udara lagi ke?

Dah hampir 6 tahun bertugas dengan stesen radio dan ada pengalaman lama dalam dunia penyiaran mesti Linda harap dapat kembali menyubat rindu pada pendengar setianya.. Apa perancangan yang nak dilakukan pihak Suria FM sampai sanggup tak sambung kontrak dengan Linda?

Dulu Kak Engku terkilan dengan stesen radio SInar FM sebab tak sambungkan kontrak dan pilih kumpulan Sepahtu untuk gantikan Dj radio lama.. Mungkin Suria FM pun nak ambil DJ baru gantikan Dj lama sebab tu tak sambungkan kontrak dengan Linda..

Agak-agak ada ke stesen radio yang nak beri tawaran pada Linda jadi Dj di stesen dorang? Kebanyakkan stesen radio sekarang nak ambil Dj dari kalangan pelawak popular je.. Dj yang ada pengalaman dalam penyiaran dah pun tak dipandang.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top