0

Uolls semua mesti dah sedia maklum pengacara Aznil Hj Nawawi dah pun melancarkan produk kecantikan atas jenamanya sendiri iaitu Anell pada 30 Mei lalu.. Produk Aznil atau Pak Nil yang berharga RM199 dah pun terjual sebanyak 3,000 unit..

Disebabkan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan produk Anell kini sedang dalam proses pengeluaran untuk kali kedua.. Sebagai seorang artis mengeluarkan produk kecantikan untuk sebulan dapat raih lebih RM500,000 memang satu kejayaan yang besar..

Tapi, nampaknya ada rakan artis yang tak senang duduk bila dapat tahu produk keluarkan Pak Nil dah pun mendapat sambutan dari orang ramai.. Siapa lagi kalau bukan kawan baik Pak Nil suatu ketika dulu iaitu Azwan Ali..

Nampaknya Azwan Ali masih lagi bermusuh dan nak berperang dengan Pak Nil.. Menerusi akaun Instagram milik Azwan Ali.. Pelakon itu telah memuatnaik video dan kaypsen dengan tajuk ‘Carutan all out against produk datuk fake No 1’

Beserta dengan hashtag carutan pada Pak Nil, mulut Azwan Ali kalau tak puaka memang tak sah.. Antaranya #NERAKAjahanamKe7 #ludahprodukdatukfakeno1sinerakajahanamke7.. Azwan Ali dedahkan Pak Nil sebenarnya cucuk muka untuk cantik dan semuanya tentang Pak Nil hanyalah fake..

Memang tak senang duduk betul Azwan Ali kalau tengok kejayaan artis lain, semua benda dia nak viralkan.. Macam mana la orang macam ni boleh pergi haji dan umrah banyak kali.. Mulut dengan mencarut dan sumpah seranah orang memang tak boleh dipisahkan.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top