0

Ekoran kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.... Orang ramai menggesa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berehat dan berhenti dari dunia politik.

Selain itu, terdapat juga pihak yang menggesa Mahathir supaya menghabiskan masa untuk beribadah kepada Allah serta bertaubat atas kesalahan-kesalahannya yang lalu.

Mesti korang hairan kenapa orang ramai menggesa Mahathir supaya berehat dan berhenti dari berpolitik.... Gesaan ini bukan disebabkan takut dengan 'pengaruh' Mahathir yang kononnya kuat tu... Tapi gesaan ini dibuat disebabkan kesian terhadap Mahathir.

Korang tengok jelaa dalam PRK yang baru berlangsung baru-baru ini.... Mahathir sanggup berkempen untuk Pakatan Harapan dan dengan yakinnya dapat menumbangkan Barisan Nasional.... Tapi, itu semua hanya angan-angan Mahathir.

Sudah terbukti pun bahawa Mahathir tidak mempunyai sokongan yang kuat sehingga mampu memenangkan Pakatan Harapan apabila Pakatan Harapan tewas dalam dua PRK tersebut.... Perkara ini amat memalukan Mahathir selaku seorang pemimpin yang dahulu disegani ramai dan mempunyai banyak sokongan... Phuii!!

Lebih memalukan lagi... Mahathir yang kononnya mendakwa dirinya masih 'laku' dalam dunia politik... Turut gagal memastikan Pakatan Harapan menang jumlah undi dengan Pas yang bergerak secara bersendirian.... Ini betul-betul memalukan!!!

Pakatan Harapan yang terdiri dari 3 buah parti iaitu DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) serta mendapat sokongan dari Mahathir sepatutnya boleh mengalahkan Pas dan menjauhkan jumlah undi... Tapi undi yang diterima PAN dalam PRK ini hanya sama taraf atau bahasa mudahnya lebih kurang sama.

Jadi, dengan kekalahan Pakatan Harapan ini jelas telah memalukan Mahathir... Dari Mahathir terus dimalukan, adalah lebih baik Mahathir berehat dan berundur saja dari dunia politik negara... Jangan sampai Mahathir terus dimalukan lagi pada masa hadapan seperti orang yang dimalukan tanpa seurat benang pun.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top