0

Sudah terbukti bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai sokongan yang padu apabila sokongannya gagal diterjemahkan dalam Pillihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini.

Mahathir yang membantu kempen Pakatan Harapan untuk menewaskan Barisan Nasional dalam dua PRK yang berlangsung serentak ini, terbukti gagal apabila calon Pakatan Harapan tewas di tangan calon Barisan Nasional dengan majoriti yang tinggi.

Walaupun undi Pakatan Harapan yang didapati menunjukkan bahawa Mahathir sudah tewas, namun Mahathir akan tetap meneruskan perjuangannya untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Menurut Mahathir, beliau tetap akan meneruskan perjuangannnya untuk menumbangkan Najib kerana beliau tidak boleh terima cara Najib memerintah negara ini yang didakwanya menjatuhkan imej negara

"Pendirian saya tidak berubah. Mungkin ia menjadi lebih keras. Saya tidak dapat terima Najib yang berpegang kepada konsep "Cash is King". Najib mengamalkan rasuah sebagai prinsip politiknya," kata Mahathir.

Amboi Mahathir..... Sedap betul mengata kat orang... Masa bila pula Najib memerintah negara dengan menjatuhkan imej atau maruah negara?? Apa yang Najib buat sampai burukkan imej negara tu??

Setahu Andy, yang burukkan imej negara di mata luar adalah Mahathir dan sekutunya.... Mahathir tak habis-habis memfitnah Perdana Menteri walaupun tuduhan yang dilemparkan Mahathir telah dibuktikan tidak bersalah atau erti kata lainnya 'bersih'.

Mahathir sanggup bersengkokol dengan media luar untuk menyiarkan artikel berbaur jahat untuk menjatuhkan imej Perdana Menteri sekaligus menjatuhkan imej negara di mata luar.

Sudah-sudahlah Mahathir... Tak payah nak cari salah orang lain... Dah muak laa cerita-cerita Mahathir ni... Dari Mahathir nak teruskan usaha menjatuhkan Najib... Apa kata Mahathir ikut je saranan Ketua Pemuda Pas supaya menghabiskan sisa hidup di atas tikar sejadah dan dihadapan kaabah.... Lagi dapat pahala. -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top