0

Pembangkang kata rakyat ni banyak makan dedak kerajaan BN, betul ke ?? cuba cermin diri pembangkang, agaknya dah termakan dedak siapa sekarang ni. Jangan jadi mulut puaka je, kan dah kena atas batang hidung sendiri.

Memang tak patut la kenyataan sampah macam ni keluar, padahal pembangkang pun dah termakan dedak Mahathir. Mesti korang tak perasan sebelum ni bukan main lagi pembangkang menjadi musuh ketat Mahathir.

Tapi sekarang, akibat dedak Mahathir pembangkang tewas  dan jadi kawan baik , agaknya jenis dedak apa yang Mahathir bagi tu erkk ??. Musuh ketat sampai boleh dijadikan sahabat dan bergabung pula untuk berkongsi pentas politik bagi menentang kerajaan BN.

Nampaknya, dedak Mahathir juga telah berjaya melupuskan memori pembangkang tentang layanan buruk Mahathir kepada pembangkang dulu, kini cita rasa politik mereka sudah serasi malah pembangkang turut mahu bertuankan Mahathir.

Dari sudut lain, Mahathir turut termakan dedak pembangkang kerana mereka hanya menunggu Mahathir untuk bersama mereka, kini mereka  berjaya menyakinkan Mahathir dengan menyokong padu Deklarasi Rakyat.

Ternyata, puak pembangkang juga cuma memanfaatkan peluang mereka bersama Mahathir,  kerana sokongan rakyat terhadap pembangkang sudah semakin hambar. Sebab tu sokongan padu perlu diberikan kepada Deklarasi Rakyat, supaya dapat menarik perhatian Mahatir untuk memilih bersama pembangkang.  Hakikatnya deklarasi ini ditolak mentah oleh ahli akar umbi Umno.

Konklusinya, bukan rakyat atau ahli-ahli umno yang perlu dituduh pemakan dedak. Tapi pembangkang juga perlu sedar mereka sendiri yang terjerumus untuk menjadi pemakan dedak. -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top