0

Selepas diserang bertubi-tubi oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana tidak menyertai Deklarasi untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi tampil membalas serangan tersebut.

Mahathir sebelum ini sering menyerang Pas ekoran parti Islam itu enggan bersama beliau dan parti pembangkang yang lain dalam Deklarasi Rakyat yang diwujudkan untuk menumbangkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Mahathir berkata, Pas kini sedang berusaha untuk bekerjasama dengan Umno memandangkan parti Islam itu telah menolak gerakan untuk menumbangkan Najib.... Sedangkan ini peluang terbaik Pas untuk menumbangkan kerajaan Najib.

Menurut Hadi, Pas tidak menyertai gerakan Mahathir kerana Pas berpegang dengan pendirian untuk menentang dasar pemerintahan yang tidak berlandaskan Islam dan bukannya menentang individu.

"Pas tidak menentang individu, kita menentang pendekatan, konsep dan dasar yang digunakan oleh mereka. Kalau orang itu (perdana menteri ) diubah, dasarnya masih sama bermakna tiada perubahan," kata Hadi.

Terbaiklah Hadi... Memang jawapan yang sungguh matang... Andy percaya jawapan Hadi ini telah membuatkan darah Mahathir semakin naik dan Andy percaya Mahathir akan melakukan serangan balas ekoran bengang dengan Hadi yang pandai menjawab.... Hahaha.

Andy amat sokong dengan keputusan Hadi dengan tidak melibatkan Pas dalam gerakan Mahathir... Tiada keperluan pununtuk Pas bersama Mahathir dan parti pembangkang yang lain... Memang jelas gerakan Mahathir ini mempunyai agenda peribadi apabila hanya menumbangkan seorang individu.

Selain itu, gerakan Mahathir untuk menumbangkan Najib memang tidak perlu dilayani oleh pemimpin-pemimpin Pas kerana tiada kesalahan yang dilakukan Najib... Malah, Najib masih mengekalkan konsep pemerintahan berlandaskan Islam.

Sebenarnya tujuan Mahathir untuk menumbangkan Najib kerana mahu memastikan karier politik anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan menjadi Perdana Menteri pada masa hadapan....

Dan disebabkan itu, Mahathir telah melantik Tan Sri Muhyiddin sebagai kambing hitam untuk memastikan Mukhriz dapat menjadi perdana menteri. -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top