0

Dah lama dah Gomez perhatikan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang ni. Gomez tengok dorang ni tak tunpah macam adik beradik... Walaupun membenci antara satu sama lain tapi hakikatnya ‘berbaik semula’.

Kalau dahulu Mahathir sangat benci dan bermusuhan dengan Kit Siang tapi sekarang ni tidak lagi, mereka berdua dah macam belangkas asyik berkepit je hahaha! Paling memualkan apabila dahulu pakat dok kutuk tapi sekarang bergabung tenaga la pulak!

Tidak kah tundakan mereka yang dahulunya bermusuh tapi kini berganding bahu hanya kerana mahu melangsaikan agenda masing-masing, dilihat seperti mengkhianati penyokong dan pengkritik masing-masing??

Bukan itu sahaja, dalam blog Mahathir berkata dirinya terpaksa bercengkerama dengan pemimpin veteran tersebut kerana UMNO dilihat sudah tiadak seperti UMNO yang baru ditubuhkan dahulu. Adakah Mahathir mahu menyatakan UMNO kini tidak lagi relevan??

"Saya tidak akan ada bersama Kit Siang jika UMNO masih UMNO yang ditubuh pada 1946," ujarnya.

Tambahnya, pihak lain tiadak sepatutnya mempertikaikan keputusan yang diambik kerana dia tidak lagi menjadi sebahagian daripada keluarga besar UMNO. Maknanya kalau dia nak berkerjasama dengan penyangak yang menjadi orang kuat DAP tu pun, itu adalah haknya.

Jangan sesekali mempertikaikan sekiranya dia  mahu menyertai mana-mana gerakan kerana dia kini sudah bebas, tegas Mahathir. Jelas disini Mahathir langsung tidak hairan sekiranya tindakannya itu dianggap seperti mengkhianati bangsa sendiri.

"Sebagai rakyat Malaysia saya sertai gerakan rakyat untuk menumpaskan Najib. Jika terdapat dalam gerakan ini Lim Kit Siang, dia juga rakyat.

"Hanya dalam usaha dan niat untuk singkirkan Najib sahaja kita bersetuju," tambah beliau.

 Mahathir cuba untuk menghalalkan dan meredakan apa sahaja yang dilakukan Kit Siang sekarang ini kerana mereka sudah diisytiharkan sebagai ‘adik dan abang’.... Ohhh patut la mimic muka dan perangai pun hampir sama. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top