0


Mahathir yang digelar Mahazalim serta diktator oleh pembangkang semasa berkuasa dahulu, telah dimalukan oleh seorang penyokong Pakatan di sebuah majlis.

Mahathir dimalukan oleh Fahmi Reza, yang merupakan penyokong kuat Pakatan serta kartunis yang kerapkali menghina serta menghasut rakyat membenci kerajaan.

Dalam satu majlis pelancaran buku beliau, Mahathir yang sebelum ini beranggapan kumpulan pembangkang menyokongnya, dimalukan dengan teruk apabila dituduh diktator oleh Fahmi Reza secara berdepan.

Fahmi yang naik ke pentas untuk menghadiahkan sebuah buku warna kepada Mahathir, menunjukkan halaman yang tertera lukisan bekas Perdana Menteri itu dalam keadaan menaikkan ibu jari tengah.

Mahathir kelihatan tersenyum sumbing apabila melihat gambar berkenaan yang diletakkan tulisan Diktator padanya.

Sebelum ini, Mahathir lantang mengutuk DS Najib kerana mahu melihat Perdana Menteri itu digulingkan. Mahathir terpaksa berkerjasama dengan kumpulan pembangkang untuk merealisasikan impiannya. - Utaranews.com

Post a Comment

 
Top