0

Ketua Pemuda Pas Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz hari ini tampil menasihati bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya memperbanyakkan masa untuk berada di tikar sejadah dan di hadapan kaabah.

Memang terbaiklah Nik Abduh... Berani menasihati Mahathir dengan menyarankan Mahathir menghabiskan sisa-sisa hidup di atas tikar sejadah dan di hadapan kaabah... Anak Mahathir sendiri pun tak berani nak bagi nasihat macam ni.... Hahaha.

Anak Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir lagi menggalakkan Mahathir untuk mencampuri urusan negara adalaa... Nak suruh bapa dia duk rehat, perbanyakkan amal di usia begini... Memang takda laa jawabnya.

Andy percaya.... Bagi penyokong pro-Mahathir dan pro-Mukhriz... Mereka pasti 'makan dalam' dengan nasihat Nik Abduh ni... Al-maklumlah, dorang ni jenis tak boleh ditegur atau diberi nasihat,.. Dorang je yang betul.

Kena pula Nik Abduh suruh Mahathir habiskan sisa hidup di tikar sejadah dan di hadapan kaabah dari sibuk mengejar dunia.... Mau makan dalam puak-puak Mahathir dan Mukhriz ni...Terbakar laa katakan... Hahaha... Kompom Nik Abduh kena kecam gila-gila lepas ni.

"Saya sarankan Tun Mahathir banyakkan berada di tikar sejadah dan di hadapan kaabah. Jika Tun kembali kepada Allah dengan taubat yang benar, itulah sebaik-baik kehidupan di hujung hayat. Saya mendoakan," kata Nik Abduh.

Dalam masa sama, Nik Abduh turut memaklumkan bahawa zaman 'kekuatan' Mahathir dalam dunia politik sudah berakhir dan Mahathir perlu menyedari perkara itu.

"Zaman kekuatnnya ketika bertempur dengan almarhum ayahanda Tuan Guru Nik Aziz telah berakhir," katanya.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top