0

Sebut saja nama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad... Pasti ramai yang mengenalinya walaupun mereka tidak pernah hidup dibawah pemerintahannya... Mereka mengenali Mahathir disebabkan tindakannya berusaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir begitu ligat mahu menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri sehinggakan sanggup menjatuhkan imejnya sebagai pemimpin yang disegani apabila sanggup bersengkokol dengan musuh-musuhnya pada satu ketika dahulu.

Malah, lebih mengecewakan lagi.... Mahathir sanggup bersengkokol dengan parti cina kiasu yang pernah ditegahnya kepada orang-orang Melayu untuk menyertai atau bekerjasama.

Bila Mahathir telah bersama dengan pembangkang.... Mahathir pernah mengeluarkan 'kitab' mengatakan bahawa Umno dan Barisan Nasional dibawah pemerintahan Najib akan tewas teruk dalam mana-mana pilihan raya.... Tapi sayang... Itu semua hanya satu ungkapan Mahathir yang diserang penyakit nyayuk tahap kronik.

Cer tengok dua Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan pada 18 Jun lalu.... Barisan Nasional mampu meraih kemenangan walaupun Mahathir turun berkempen membantu calon Pakatan Harapan.

Nampak sangatlah 'bantuan' Mahathir kepada Pakatan Harapan dalam PRK ini tak beri apa-apa kesan... Malah bantuan Mahathir ini memberi kelebihan besar buat Barisan Nasional apabila berjaya meraih majoriti yang tinggi.

Bukan Andy saja yang cakap.... Najib juga cakap, bantuan Mahathir kepada Pakatan Harapan dalam kempen PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menguatkan lagi sokongan Barisan Nasional.

Bukan tu saja... Kemenangan yang dikecapi Barisan Nasional dalam dua PRK ini membuktikan bahawa Deklarasi Rakyat yang diwujudkan Mahathir itu ditolak oleh rakyat.

"Dr Mahathir berkempen secara terbuka supaya pengundi menolak BN tetapi dengan kemenangn dan peningkatan majoriti berlipat ganda kepada BN, terbukti apa yang disarankan itu ditolak rakyat.

"Kalau pungutan suara Deklarasi Rakyat kononnya terdapat banyak pihak menyokong tetapi ia tidak diterjemahkan dalam bentuk Pilihan Raya Negeri Sarawk dan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar," kata Najib. -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top