0

Nampaknya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah ketandusan idea dan kehabisan modal untuk memperalatkan seseorang bagi kepentingan politik peribadinya.

Kelakar sangat.. Mahathir punya desperate tu sampai dia gunakan sahaja sesiapa sahaja yang dianggap boleh menjadi mangsanya.

Terbaru, Mahathir pilih calon Parti Amanah Negara (Amanah) yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar untuk dijadikan kuda tunggangannya. Dia mempergunakan mereka untuk menjayakan agenda peribadinya bagi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata senjata Mahathir hanyalah menghasut macainya supaya memperjudikan mengenai isu berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Padahal semua orang dah tahu yang kerajaan telah memberi pelbagai penjelasan berhubung isu tersebut.

"Kita telah jelaskan berulang kali tapi beliau (Dr Mahathir) tidak puas hati. Dalam demokrasi, beliau tidak boleh paksa kita untuk menerima pandangannya.

"Kita juga ada pandangan berbeza dan akhirnya rakyat yang akan buat penilaian," katanya kepada pemberita ketika melawat Pusat Media PRK Kuala Kangsar.

Salleh juga turut melahirkan pendapat mantan perdana menteri itu berhak untuk membuat keputusan parti mana yang mahu disokong. Mahathir juga ada hak untuk berkempen dan membantu mana-mana parti yang dia suka kerana Mahathir kini bukan lagi ahli UMNO.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai Mahathir dijadual hadir buat kali kedua di Kuala Kangsar.

Tapi elok sangat la Mahathir sokong pembangkang pun sebab perangai dorang tak jauh beza pun, sama ja Gomez tengok dua-dua kaki fitnah. Gemar menabur fitnah bagi menimbulkan kebencian rakyat kepada Barisan Nasional (BN) yang bertanding di kedua-dua PRK itu.

"Namun, saya yakin rakyat tidak akan keliru dengan pakatan pembangkang kerana mereka hanya datang bila pilihan raya diadakan, jika tiada pilihan raya, kita tidak nampak mereka.

"BN turun padang melihat sendiri masalah yang dihadapi rakyat. Sememangnya menjadi tanggungjawab kita jika kita rasa ia perlu diselesaikan tetapi pembangkang datang hanya untuk membuat fitnah," katanya.

Mampu ke parti pembangkang ni mentadbir negara?? Sebab dorang beriya-iya sangat nak tengok perdana menteri jatuh. Sedangkan dalam pentadbiran negeri pun dorang bergaduh sesama sendiri...

Masing-masing berebut pangkat dan mengamalkan politik kepentingan parti. Boleh ke negara maju di tangan dorang?!

"Rakyat kena lihat adakah mereka boleh dipercayai untuk diberi tanggungjawab memimpin negara...jelas sekali mereka tidak mampu kerana mereka amalkan politik kepentingan parti, mereka tidak lihat di luar parti," katanya. -TiraGomez/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top