0

Makin kurang ajar pula bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ni.... Boleh Mahathir kata Raja-Raja Melayu pada zaman pemerintannya selama 22 tahun bermasalah.... Kurang asam betul!!

Serius cakap... Semakin meroyan orang tua nyanyuk ni.... Berlagak suci macam tak pernah lakukan satu dosa kecil pun... Padahal, dosa yang dibuatnya sampai tak menang tangan nak senaraikan.

Kalau korang ingat lagi... Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri, pernah menggubal atau melemahkan kuasa Raja-Raja Melayu sebab Mahathir ketika itu sedang gila menguasai negara.... Mahathir tak mahu Raja-Raja Melayu masuk campur urusan pentadbirannya.

Mesti korang pelikkan kenapa Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri tak mahu Raja-Raja Melayu campur tangan... Mahathir tak mahu Raja-Raja campur tangan sebab senang Mahathir nak kebas wang rakyat... Lagipun, Mahathir ni jenis tak makan nasihat orang.

Mahathir kalau dengar nasihat orang.... Rasanya mau kiamat dunia ni.... Orang lain tak boleh nasihat dia langsung walaupun beliau lakukan kesalahan kecil.... Hanya beliau sahaja yang boleh menasihati orang dan mahu orang mendengar cakapnya.

Mahathir yang menyentuh mengenai penggubalan kuasa Raja-Raja Melayu, seakan menyesali tindakannya menggubal kuasa Raja-Raja... Kononnya, beliau menyangka penggubalan itu tidak membawa masalah kepada negara pada masa hadapan... Tapi yang bermasalah pada hari ini adalah Perdana Menteri.

"Ketika itu, kita fikir Raja-Raja akan menjadi masalah kerana kerajaan pada masa itu adalah kerajaan rakyat. Kita fikir sultan akan jadi masalah tetapi bukan sultan yang jadi masalah, tetapi Perdana Menteri yang bertindak di luar batas apabila cuba memerintah negara ini," kata Mahathir dalam sidang media selepas selesai menyampaikan ceramah dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar di Jerlun Manong.

Sudah-sudahlah Mahathir... Hentikan menyalahkan orang... Mahathir tu bukannya tuhan atau malaikat yang tidak melakukan dosa.... Yang lemahkan kuasa Raja-Raja Melayu adalah Mahathir, bukannya Najib!! -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top