0

Mulut celupar dan takde insuran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekarang ini memang sukar untuk dibendung. Makin hari makin biadap pulak setiap percakapan yang diungkapkannya tu. haishhh tak faham betul la makin tua makin menjadi.

Akibat mulut biadap Mahathir tu... dia kini mendapat pengajaran daripada sikap bongkah dan tak beradapnya tu. Pihak polis kini menahan Mahahir dan kini sedang melakukan soal siasat bekas pemimpin negara tersebut.

Semuanya gara-gara kenyataan yang pernah diutarakan oleh Mahathir ketika ucapannya pada kempen pilihan raya kecil yang dilakukan di Kuala Kangsar tempoh hari. Kenyataan tersebut ada menyebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai 'Idi Amin Malaysia'.

Bukan itu sahaja, Mahathir turut mengibaratkan Najib sebagai diktator Uganda itu kerana menggunakan harta negara sehingga dia ditolak oleh rakyat. Kalau korang nak tahu, Idi Amin adalah Presiden Uganda yang memerintah dari tahun 1971 hingga 1979.

Presiden Uganda tu memang terkenal sangat dengan pencabulan hak asasi manusia, rasuah dan pembunuhan. Persoalannya perdana menteri kita yang sekarang ni suka bunuh orang ke??? Atau makan rasuah ea??? Pernah ke Najib mencabul hak asasi manusia??

Memang terlalu biadap sangat pertuduhan Mahathir tu dan memang layak pun dia disiasat polis. Sementara itu, Najib pada malam kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun lalu sempat membidas kenyataan Mahathir dan mendakwa “Idi Amin Malaysia lebih popular” dan keputusan pilihan raya menunjukkan bahawa rakyat menolak Deklarasi Rakyat.

Penahanan Mahathir untuk disoal siasat itu disahkan oleh peguam Haniff Khatri... Menurutnya Mahathir kini disoal siasat di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top