0

Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) Tan Sri S Nallakaruppan mengesahkan bahawa selama 22 tahun pentadbiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad langsung tiada satu pun sumbangan yang bermanfaat kepada masyarakat India.

Kalau ada pun cuma ala kadar je... jika hendak dibandingkan dengan jasa dan bakti yang ditaburkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagaikan langit dengan bumi tau uolls! Langsung tidak mampu ditandingi oleh Tun Mahathir.

Nallakaruppan mendedahkan perkara tersebut ketika ditemui di rumahnya di Taman Bunga Raya, semalam. Beliau yang juga merupakan sahabat kepada  Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yakin dan sangat pasti rakyat Kuala Kangsar terutama sekali masyarakat India akan memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) dan membantu parti Najib tersebut.

“Pemimpin ini (Najib) antara pemimpin yang banyak menyumbang. Najib menyokong penuh masyarakat India.

“Selama 22 tahun mentadbir negara, golongan India tidak mengharapkan apa-apa terhadap Mahathir, dan dia juga tidak melakukan apa-apa kepada golongan India. Inilah yang mereka beritahu saya di sini,” katanya.

Walaupun Najib tidak sampai satu penggal memerintah tetapi sudah banyak jasa dan kebajikan yang ditaburkan kepada masyarakat tanpa mengira bangsa... Sama adil je Najib bagi. Kalau nak dibandingkan dengan Tun Mahathir, hmmmm entah sumbangan apa ja yang dia buat.

Bukti yang menunjukkan Perdana Menteri benar-benar mengambil berat dan membela nasib masyarakat India terserlah apabila beliau telah meluluskan beberapa peruntukan khusus untuk masyarakat India, termasuk projek naik taraf tembok padang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ghandi Memorial.

Bukan itu sahaja, Najib juga turut dikenang dan disanjung oleh masyarakat India sehingga mereka menggelarkannya sebagai  Bapa Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Sementara itu,  Nallakaruppan turut menghentam Tun Mahathir yang memilih untuk berpaling tadah dan menyokong kempen parti pembangkang.

“Selepas 22 tahun menjadi PM dan menikmati pelbagai kelebihan, sekarang anda mahu menghentam BN. Apa ini?

“Anda cakap Pak Lah dan Najib tidak bagus. Sumbat Anwar dalam penjara, dan kini anda nak sokong dia. Mana prinsip anda?” katanya.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top