0

"Saya bukanlah suka sangat Pak Lah tapi sekurang-kurangnya dia sedar orang tak suka dan lepaskan jawatan. Jadi sepatutnya dengan begitu banyak suara suruh Najib berhenti, dia tak patut buat pekak dan tak nampak," kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Wah... Wah.... Wah Mahathir... Bukan main seronok lagi duk mengata dekat orang.... Boleh pula duk buat perbandingan antara bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tak payahlah Mahathir nak susah-susah nak wat perbandingan kata Pak Lah dulu bagus orangnya sebab dengar suara rakyat.... Pak Lah dengar suara rakyat dan letak jawatan bagi laluan kepada lain.

Mahathir perlu sedar... Pak Lah letak jawatan bukan sebab dengar suara rakyat... Tapi malas nak melayan karenah Mahathir yang sering mendesak dan mengganggu Pak Lah untuk mentadbir negara.... Bila Mahathir sering duk kacau pentadbiran Pak Lah... Pak Lah jadi semak dan tak boleh fokus untuk mentadbir negara.

Cer ingat balik zaman Pak Lah memerintah negara lepas Mahathir letak jawatan.... Berapa juta kali Pak Lah diganggu oleh Mahathir... Mahathir Siap ugut nak dedahkan itu ini lagi... Bila dah Pak Lah berundur, Mahathir sendiri yang pilih Najib untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Najib baru memerintah negara sepenggal lebih... Mahathir muncul nak ganggu Najib sebagaimana Mahathir ganggu pentadbiran Pak Lah... Mahathir ganggu Najib pun bukan sebab apa... Sebab tak dapat jambatan bengkok kat selatan tanah air.

Bila tak dapat tu... Mula laa nak meroyan kata Najib ni tak bagus apa... Tak layak jadi Perdana Menteri laa... Tu yang Mahathir sanggup wujudkan gerakan tumbangkan Najib sebagai Perdana Menteri... Katanya sebab Najib jenis degil orangnya.

Yang tak tahannya tu.... Mahathir sanggup mengkhianati orang-orang Melayu apabila sanggup duduk bersama parti pembangkang.... Mahathir sanggup duduk sepentas bersama pemimpin parti Cina kiasu sebab mahu lihat Najib ditumbangkan.

Macam ni jelah Mahathir.... Mahathir tak payah nak sembang atau cerita banyak sangat.... Mahathir ketika jadi Perdana Menteri selama 22 tahun dahulu pernah dengar suara rakyat tak?? Tak pernah kan?? So, tak payah nak sembang lebih-lebih.

Najib tak berundur bukan sebab tak dengar suara rakyat... Najib tak undur sebab beliau sedar dengan tugasannya untuk terus memastikan negara duduk selari bersama dengan negara-negara lain... Najib bukan pengecut dengan ugutan supaya berundur!!-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top