0

Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pembangkang untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah satu tindakan yang ikhlas.

Jelas Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam, tindakan Mahathir mahu menumbangkan Najib sebagai Perdana Menteri merupakan satu tindakan yang ikhlas memandangkan Mahathir hanya mahu Najib diturunkan dan tidak berniat untuk kembali menggalas tugas sebagai Perdana Menteri.

Biar betul Zam ni... Tak pernah-pernah Mahathir ikhlas dalam segala tindakannya walaupun duduk dalam Umno... Inikan pula duk bersama pembangkang mahu menjatuhkan Najib.

Rasanya Zam ni dah termakan budi banyak sangat dengan Mahathir... Tahu laa Zam ni kawan baik Mahathir dan Mahathir pernah tolong Zam semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun... Tapi tak payah sampai nak jilat sampai macam tu sekali.

Mahathir tu bersama pembangkang bukan ikhlas pun... Sikit pun takda... Mahathir bersama pembangkang sebab Mahathir cuma nakkan sokongan dari pembangkang... Nak harapkan sokongan Mahathir tu??? Bak kata Nik Abduh, zaman 'taring' Mahathir telah habis... Lebih baik duk rumah perbanyakkan ibadah.... Hahaha.

Mahathir bersama pembangkang cuma nak pergunakan pembangkang untuk mencapai impiannya untuk menjadikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri pada masa hadapan.... Bukannya ikhlas untuk rakyat seperti yang didakwa.

Dalam masa sama, Zam turut memaklumkan tindakan Mahathir untuk menjatuhkan Najib mungkin sumbangan yang terakhir bekas Perdana Menteri itu kepada rakyat dan negara.

Phuii... Tahun bila pula buat benda nak jatuhkan orang boleh dikategorikan sebagai sumbangan... Makin nyanyuk dah Zam ni.... Eloklah Zam dengan Mahathir ni... Sama-sama makin dapat penyakit nyanyuk yang kronik!! -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top