1

Memang pelik dengan sikap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sejak kebelakangan ini.

Mahathir yang telah bersara sebagai perdana menteri sanggup mengkhianati parti Melayu dengan menyertai parti cina kiasu serta parti pembangkang yang lain untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Tindakan Mahathir yang sanggup bersama pemimpin parti itu sememang satu tindakan memalukan.

Mahathir sepatutnya mencontohi bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga telah bersara sebagai perdana menteri.

Boleh lihat sendiri bagaimana kehidupan Abdullah atau lebih dikenali Pak Lah selepas beliau mengumumkan berundur dari dunia politik.

Pak Lah selepas berundur dari arena politik tidak pernah sesekali mencampuri urusan politik generasi masa kini, berbanding Mahathir yang kini giat aktif dalam politik.

Pak Lah cuma mencampuri urusan politik dengan memberi nasihat kepada pemimpin masa kini untuk terus memacu negara.

Jija mahu dibandingkan dengan Mahathir... Memang jauh sekali... Mahathir tidak menasihati pemimpin generasi kini, tetapi mengkritik serta sanggup menumbangkan mereka dengan cara yang kotor.

Selepas berundur, Pak Lah juga banyak menghabiskan masanya bersama ahli keluarga terutama dengan cucu-cucunya.

Perkara ini sebenarnya perlu dilakukan Mahathir ketika ini... Dengan usia yang telah menjangkau 90 an, Mahathir perlu menghabiskan sisa hidupnya bersama keluarga dan bukannya berceramah memburukkan pemimpin negara.

Post a Comment

  1. apa yg peliknya kalau nabi pun dia penah hina tak cukur janggut sbb takda pisau gillete inikan pula najib yg bukan nabi..

    ReplyDelete

 
Top