0

Asal gagal je salah kerajaan... asal gagal je salah kerajaan! Macam tu la perangai busuk hati, dengki dan spesis tak tahu nak mengaku salah sendiri. Bengang pulak dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ni.

Semua yang gagal mesti dia nak salahkan kerajaan... Dah kenapa dengan dia tu! Ini kisah kegagalan Proton tu la... senang-senang je dia nak salahkan kerajaan dan Putrajaya. Katanya Putrajaya buat salah besar kerana membenarkan kereta buatan China dijual di pasaran Malaysia.

Bila kereta buatan China masuk ke dalam pasaran Malaysia... jadi tak laku la kereta buatan Proton. Eleh padahal kereta buatan Proton tak berapa nak berkualiti sebab tu tak dapat sambutan dan hambar. Kalau kereta berkualiti takdenya rakyat Malaysia ni nak beli kereta buatan China.

Konon tak adil bagi industri kereta tempatan sebab kereta China boleh je masuk pasaran Malaysia tapi kereta tempatan tak boleh masuk pasaran China. Masalahnya kenapa dari dahulu lagi Mahathir tak suarakan perkara ni?? Kenapa baru sekarang??

Masa Mahathir jadi Pengerusi Proton dulu takde pulak nak bantah.. Sekarang bila dah takde kena mengena baru terhegeh-hegeh nak komen itu ini. Pandai noh dia nak salahkan kerajaan bila Proton gagal dapat sambutan.

“Kita tidak boleh ke China dan mengeksport kereta pasang siap ke China. Malah kita tidak dibenarkan mengilang kereta di sana tanpa lesen khas, dan mendapatkan lesen ini amat sukar,

“Sementara kita terbuka dan mesra, kita juga perlu fikirkan keperluan rakyat sendiri.” kata Mahathir.

Sepatutnya Mahathir ni cermin diri sendiri dulu baru la nak hentam orang lain... ke kat rumah dia langsung takde cermin?? Suka sangat nak salahkan orang lain padahal diri sendiri yang gagal selama bertahun-tahun. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top