0

Dasyat betul Parti Amanah Negara (PAN) ni...  Walaupun baru ditubuhkan tak sampai setahun jagung, tapi dorang punya gaya tu macam dah lebih 100 tahun ditubuhkan.... Hahaha.

Yang tak tahan tu... PAN punya laa duk pertahankan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikritik dan digesa untuk berehat dan berhenti dari dunia politik.... Hairan juga kenapa PAN ni beriye-iye duk pertahankan Mahathir.

PAN kata Mahathir tak perlu berehat kerana Mahathir mempunyai misi dan berpegang kepada prinsip untuk menyelamatkan negara dari terus dimusnahkan oleh pemimpin sedia ada.

Jadah apa laa Mahathir berpegang kepada prinsip untuk menyelamatkan negara... Mahathir tu bukan seorang yang berprinsip atau berpegang kepada prinsip... Hari ni cakap lain, esok cakap lain.

Tengok jelaa apa yang dilakukan Mahathir.... Katanya dalam diri tu masih mengalir darah Umno... Tapi sanggup duduk dengan musuh-musuh Umno... Macam ni ke dipanggil berpegang kepada prinsip?? Tu bukannya prinsip!!!

Lawak betul PAN ni... Memang sah PAN ni sebuah parti yang sedia digunakan oleh mana-mana pihak atas kepentingan mereka.... Masa bila pula laa pemimpin sekarang ni nak musnahkan negara... Mudah betul PAN terpengaruh dengan Mahathir.

Takkan PAN tak  sedar lagi kot yang Mahathir tu hanya nak mempergunakan parti pembangkang untuk kepentingannya sendiri... Mahathir bukan nak selamatkan negara sangat pun... Mahathir pun duk menjahanamkan negara.

Mahathir tu sebenarnya duk nak selamatkan karier seseorang.... Karier anak kesayangannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang pernah jadi Menteri Besar Kedah dulu tu... Bukannya nak selamatkan Malaysia sangat pun!!

Rasanya eloklah Mahathir jadi penasihat PAN.... Lagipun PAN memang memerlukan seorang penasihat untuk menguatkan parti serpihan Pas tu... Sebab tu PAN punya bersemangat mempertahankan Mahathir.... Harap-harap Mahathir berminat laa nak jadi penasihat parti tu... Hahaha.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top