0

Melewati usia tua... Atau sesuai dikatakan usia yang paling tepat untuk habiskan  masa bersama keluarga dan memperbanyakkan ibadah. Tapi berlainan bagi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad apabila dia memilih untuk menghabiskan masa tuanya dengan menjadi khadam yang paling hina sekali.

Hanya disebabkan dendam yang membusuk dalam hati, Mahathir tergamak untuk memilih jalan hidup hina dan tak bermaruah. Tergamaknya dia menjadi khadam, kuli, macai, orang suruhan dan dipergunakan oleh pihak pembangkang dalam Pakatan Harapan.

Ini jelas kerana demi dendam peribadi terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Mahathir sanggup mengabdikan dirinya dan  membantu kempen calon pembangkang pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku. iyela Mahathir kan sudah tua elok berehat je kat rumah habiskan masa dengan keluarga.

Tidak sepatutnya Mahathir yang sudah bersara tu dilihat lebih berminat untuk memperjuangkan politik peribadinya lebih daripada memberi penekanan terhadap pembangunan di kedua-dua kawasan Parlimen tersebut.

“Motif beliau (Dr Mahathir) adalah untuk menjatuhkan perdana menteri sedangkan rakyat perlu memilih wakil rakyat bagi mengisi kekosongan (kerusi Parlimen) dan yang boleh membantu membela nasib mereka,” katanya.

Tak payah nak nafikan lagi... memang jelas tujuan Mahathir berkompromi dengan puak pembangkang lahanat tu hanya sebab dendam pada Najib. Sebab tu dia asyik ungkit isu basi dan kitar semula mengenai  1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun ia telah disiasat, dijawab dan diambil tindakan.

“Dr Mahathir mengamalkan politik dendam yang tidak habis-habis, walaupun ada perselisihan, sepatutnya ia diurus secara baik,” katanya.

Sangat memalukan dan menghairankan, bagaikan seorang yang berpemikiran luas dan cerdik boleh dijajah oleh pihak yang berpemikiran rendah hanya disebabkan dendam yang tersemai dalam diri?? Sangat-sangat hina! Hanya sebab dendam Mahathir sanggup jadi hamba kepada pembangkang. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top