0

Semakin hari semakin berani dan pedas kenyataan yang keluar dari mulut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang! Jika sebelum ini Hadi Awang mengeluarkan kenyataan dilaknat Allah Taala kalau tak undi Pas.

Kali ini ayat HAdi Awang berbunyi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tak tahu pasal agama Islam... Tak belajar pasal agama Islam yang menjadi pegangan hidupnya. Maknanya adakah Mahathir cuma Islam pada namanya sahaja??

Hadi Awang mengeluarkan kenyataan tersebut kerana acap kali diserang orang bekas pemimpin tersebut berkaitan dengan hudud.

Namun begitu, ketika di hadapan penyokongnya dalam satu Forum Perdana semalam, Hadi Awang berkata parti Islam tetap memaafkan segala perbuatan Mahathir sebelum ini.

“Terutamanya berkenaan hudud. Saya tahu Tun Mahathir ini sudah lama dendam dengan PAS sebab dia pernah kalah dulu dengan kita.

“Dan Tun Mahathir kata saya tak reti Islam. Saya mengaji bab Islam. Tun Mahathir, dia mengaji bab perubatan.

“Bukan saya nak hina dia (Tun Mahathir), tetapi malangnya dia tidak baca pasal Islam ini. Kita maafkan dia tidak baca. Patutnya dia bacalah. Kalau tidak baca jadi bahaya.

“Kalau Islam tak baca Islam, umur 90 tahun pun tak baligh lagi. Sangat malang,” katanya di Dataran Ketior Manong, malam tadi.

Gomez tak kata okey.... Hadi Awang ni sendiri yang kata Mahathir takde agama haha! Dahsyat perang mulut dorang ni yer!

Mulut takde insuran Hadi Awang ni mampu menimbulkan kemarahan penyokong Pak Pandir si Mahathir tu. Pucuk pimpinan Pas ni kadang-kadang dia rasa dirinya cukup Islam hahaaaa... Sebab tu semua orang dikutuknya.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top