0

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang baru sahaja berakhir menyaksikan Kemenangan membanggakan menjadi milik Barisan Nasional (BN) dengan majoriti besar.

Hal tersebut bukan sahaja membuktikan rakyat masih releven dan menerima BN, malah petunjuk tersebut jelas membuktikan selama ini rakyat menolak sekeras-kerasnya Deklarasi Rakyat yang menjadi kebanggaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kedua-dua PRK tersebut menjadi lambang penerimaan rakyat terhadap BN serta penolakan terhadap Mahathir. Konon Deklarasi Mahathir tu bawa suara rakyat la sangat kan puihhh!

Kehadiran Mahathir berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebelum ini dijangkakan bakal merancakkan lagi dan meraih undi yang banyak bagi pihak pembangkang... Tapi sebaliknya yang berlaku.

Gomez dok nampak yang kehadiran Mahathir hanya memberi ‘onggg’ kepada BN dan menguntungkan mereka... Iyela sebab rakyat dah mula muak dan mual dengan Mahathir mana dorang mahu sokong dan pangkah pembangkang.

"Dia (Dr Mahathir) berkempen secara terbuka supaya pengundi menolak BN tetapi dengan kemenangan dan peningkatan majoriti berlipat ganda kepada BN, terbukti apa yang disarankan itu, ditolak oleh rakyat.

"Kalau pungutan suara, deklarasi rakyat kononnya dapat banyak pihak menyokong tetapi ia tidak diterjemahkan dalam bentuk Pilihan Raya Negeri Sarawak dan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar," katanya kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Kunci Rumah Kekal Mangsa Banjir di Tapak Maju Ternak, Kampung Staponal, Batu Jong di Kuala Krai, semalam.

Pada Sabtu yang lalu, BN telah diumumkan menang dengan majoriti lebih besar pada PRK Kuala Kangsar dengan meraih majoriti 6,969 undi berbanding 1,082 undi pada pilihan raya umum 2013 dan memperoleh majoriti 9,191 undi di Sungai Besar berbanding majoriti 399 undi pada 2013.

"Kita iktiraf bukan melalui pungutan suara, melalui cara yang tidak sah. Ini kerana tidak ada kesahihan tandatangan (deklarasi rakyat) dan sebagainya.

"Cuma yang sah ialah proses mengikut undang-undang negara dan Perlembagaan negara iaitu melalui pilihan raya sama ada pilihan raya umum, negeri dan kecil," kata Najib yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno.

Cuba korang fikirkan, lagi kerap Mahathir kononnya turun dan bantu berkempen bagi ‘menjamin kemenangan’ kepada pihak pembangkang... maka lebih menguntungkan BN. Rakyat dah meluat dengan Mahathir jadi buang masa je orang tua nyanyuk tu dok tolong dorang berkempen. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top