0

Hanez rasa nyanyuk Mahathir dah sampai ke tahap kritikal sekarang ni, bukan saja-saja nak buat tohmahan murahan macam pembangkang tu...tapi bila tengok gelagat Mahathir yang sedaya upaya nak musnahkan DS Najib ia tidak relevan untuk dijayakan walaupun Mahathir telah bersama blok pembangkang.

"Rakyat lihat kepimpinan hari ini sudah bekerja keras untuk rakyat. Yang penting rakyat melihat Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri) berjaya urus kehidupan rakyat dalam keadaan sangat baik dan rakyat lihat gerak kerja," kata Datuk Ab Aziz Kaprawi

Dalam kemelut agenda Mahathir ini, Najib masih bersikap 'cool' walaupun pelbagai tohmahan dan cacian telah diterima. Nampaknya, ia tidak memberi kesan walaupun Mahathir telah  berhempas pulas mencari isu untuk menyalahkan Najib. Rasanya, kempunan la Mahathir nak sambut kejayaan kejatuhan Najib.

Mungkin juga, Najib adalah cabaran besar buat Mahathir sampaikan semua peluru sudah dikeluarkan tetapi Najib masih menerima sokongan rakyat. Kini Mahathir  sudah hilang modal kerana perjuangan Deklarasi Rakyat yang kononnya mewakili suara rakyat itu juga menjadi semakin hambar.

Sekarang hanya tinggal macai-macai Mahathir dan pembangkang saja yang masih teguh dengan deklarasi tersebut, tak cukup dengan tandatangan rakyat, Mahathir turun pulak untuk berkempen bersama pembangkang di PRK, mungkin juga Mahathir rasa cara ini berkesan untuk menghasut rakyat bagi membenci Najib. Tapi ternyata kemenangan masih berpihak kepada BN.

Kalau sampai turun padang rakyat masih tidak menyokong apa yang disampaikannya, ini kan pula nak menghasut rakyat untuk membenci Perdana Menteri. Agenda Mahathir langsung tidak masuk akal, tidak dinafikan mata Mahathir sudah marak dengan api kebencian yang melampau. -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top