0

Nampaknya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih tidak berpuas hati dan tidak dapat menerima hakikat bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih mempunyai sokongan padu apabila Barisan Nasional berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) berkembar pada 18 Jun lalu.

Kemenangan Barisan Nasional dalam PRK tersebut memang diluar jangkaan, apabila Barisan Nasional berjaya memperoleh majoriti besar dengan menewaskan Pas dan Parti Amanah Negara (PAN).

Dengan kejayaan Barisan Nasional yang luar biasa dalam dua PRK ini sekaligus menunjukkan bahawa Najib masih mempunyai sokongan jitu, Mahathir yang tidak berpuas hati terus memperlekehkan kemenangan Barisan Nasional ini dengan mengatakan majoriti yang diperolehi parti pemerintah itu sebenarnya tidaklah sebesar mana pun.

Menurut Mahathir, majoriti yang kononnya besar bagi Barisan Nasional sebenarnya sangat kecil jika undi pembangkang di kira dan dicampurkan sekali.

"Sebenarnya majoriti adalah jauh lebih kecil kerana 10,621 undi pergi kepada pihak lawan yang bertanding di Kuala Kangsar jadi majoriti Barisan Nasional hanya 2032.

"Di Sungai Besar, majoritinya hanya 2289 dan bukannya 9191 kerana pihak lain mendapat 14,511 manakala Barisan Nasional memenangi 16,800," kata Mahathir menerusi entri terbaru di blog miliknya.

Alahai Mahathir.... Ada jer benda nak dipertikaikan.... Terima jelah kenyataan Pakatan Harapan yang Mahathir harapkan selama ni, memang tak boleh pakai.... Tak payah nak pertikai atau perlekehkan orang.

Lagi satu, Mahathir tak payah suka-suka hati laa nak gabungkan undi Pas dengan undi Pakatan Harapan... Pas bukannya duk Pakatan pembangkang pun yang Mahathir sibuk-sibuk nak campurkan sekali undi parti Islam tu.

Kalau Mahathir nak main campur-campur undi... Barisan Nasional pun boleh main campur undi... Barisan Nasional campur undi Pas... Lagi besar majoriti Barisan Nasional dan Pas dapat.... Terkontang PAN kalau undi Pas dan undi Barisan Nasional dicampurkan.... Hahaha.

So, Mahathir tak payahlah nak campur undi pihak tu pihak ni... Terima jelah yang Barisan Nasional dah menang dengan majoriti yang besar dan sekaligus menunjukkan rakyat masih menyokong kempimpinan Najib!! -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top