1

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tak habis-habis nak sama kan zamannya dengan zaman pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Yela, zaman Mahathir kan sangat terkenal dengan penggunaan ‘dedak’!

Nahhhh, sekarang ni nak sama kan Najib dengan zaman dia pulak! Tuduh Mahathir, ahli UMNO sekarang ini disumbat dengan ‘dedak’ sebab tu dorang tak berani nak buka suara dan lantang mengenai isu berkaitan Najib.

Itu kononnya kesimpulan yang dibuat Mahathir berdasarkan ‘pemerhatiannya’ sebelum ini... Ehhhh, pemerhatian atau pengalaman?? Atau sebenarnya memang itu cara Mahathir untuk menutup mulut orang lain?? Suap dengan ‘dedak’??

Katanya ada dedak yang disumbat ke dalam mulut ahli-ahli parti supaya mereka menjadi bisu.

"Ada ahli parti yang mengaku menerima sogokan sebanyak satu dan dua juta ringgit, dan mereka pun menutup mulut terhadap jenayah yang jelas berlaku.

"Mereka mengia apa sahaja, " katanya dalam entri blog terbarunya.

‘Dedak’ ni lebih kurang macam sogokan la, tak pun rasuah atau habuan untuk seseorang tu tutup mulut. ‘Hadiah’ yang diterima seseorang sebagai balasan untuk dengar cakap atau tutup mulut. Alaaa, macam Mahathir buat dulu tu.

"Biasanya apabila pemimpin menyeleweng, Perlembagaan negara memberi hak kepada wakil rakyat membuat undi tidak percaya dalam Dewan.

"Tetapi kerana dedak dan berbagai jenis tekanan, selain dari dua orang ahli Umno, ahli-ahli Umno yang lain dan BN tidak berani menyokong usul tidak percaya jika diusulkan," katanya.

Entah formula mana la yang Mahathir guna ni?? Semua kesimpulan yang dibuat, nampaknya seperti menjerat dirinya sendiri... Mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?? Apa yang Mahathir buat tak tumpah seperti anaknya buat... Tapi anak dia ‘kencing’ tak power macam Mahathir. - TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

  1. Nampaknya Tun dah all out... sudah-sudahlah... zaman Tun dah berlalu dan kroni Tun yang hampir kesemuanya bangsa Cina dah kaya raya... Mukhriz anak Tun memang tidak ada aura nak jadi pemimpin... rehat ajelah dan banyakkan beramal

    ReplyDelete

 
Top