1

Heboh diperkatakan isu Mahathir mahu bersama pembangkang untuk meneruskan agenda peribadinya, yang telah lama menjadi dendam sampaikan sanggup melibatkan dirinya, walaupun  sudah dilewat usia. Bukan sekarang je perangai Mahathir ni macam ni tapi sejak   dulu lagi, cuma sekarang makin terserlah agendanya.

Korang rasa apa yang membuatkan Mahathir ni nak bersama pembangkang ? mungkin, agenda sebenar Mahatir ni adalah untuk jatuhkan DS Najib. sebab tu walaupun berada di pentas bersama pembangkang, Mahathir sanggup dihina dan dimaki asalkan rakyat menyokong agendanya untuk mengulingkan Najib.

Datuk Mustapha Yaakub juga telah melahirkan rasa sesalan diatas perbuatan Mahathir yang sanggup membiarkan dirinya diperalatkan PAN dan DAP pada PRK kali ni. ini kerana Mahathir rela menjadi macai dan pak turut untuk berkempen bersama-sama pembangkang. Namun, Kehadiran Mahathir tidak akan menjejaskan sokongan rakyat kepada BN.

“Beliau rela dihina pemimpin pembangkang asalkan Najib dijatuhkan, matlamatnya menghalalkan caranya. Beliau terdesak  mendapat sokongan pembangkang dan berharap kedua-dua PRK itu akan dimenangi pembangkang,” katanya.

Sudah semakin jelas PRK kali ni, memang Mahathir hanya diperkudakan pembangkang  untuk tujuan peribadi masing-masing, rakyat juga sudah boleh mentafsir pembangkang yang kini bersama Mahathir membawa agenda yang songsang. Bukan semata-mata untuk memperjuangkan nasib rakyat tetapi mahu menjatuhkan Najib dan BN.

Nampaknya, selagi Mahathir tak mencapai cita-cita dia untuk jatuhkan Najib seperti mana dia pernah menjatuhkan Perdana Menteri yang lain, Najib akan tetap menjadi sasaran utama. Sebab tu.. bila Mahathir bersama pembangkang kononnya rakyat akan lebih memahami perjuangannya dalam deklarasi rakyat.

Bukan itu saja,  hasutan yang melampau oleh Mahathir akan mempengaruhi pemikiran rakyat terhadap Najib. isu yang sengaja diada-adakan juga mampu mendorong rakyat untuk terpengaruh dengan mainan politik kotor Mahathir.

Rakyat perlu sedar..... dah berapa ramai rakyat di negara ini yang sudah termakan hasutan Mahathir! sepatutnya rakyat perlu memberi ruang untuk Najib menguruskan ekonomi negara, dan  bukannya  terus menyokong Mahathir yang hanya tahu membela kaum kerabatnya. -Hkay/Utaranews.com 

Post a Comment

  1. Perjuangan pun dah sama dengan perjuangan kapir. Dulu anak betina sekor tu je yang terlajak kapir. Pernah tak tengok keluarga kerala ni berjuang demi Islam? Sebab tu kapir2 dapigs sayang benor keluarga kerala nih...termasuklah kroni2 kapir jutawan!

    ReplyDelete

 
Top