0

Di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, rakyat telah disajikan dengan babak kejam Mahathir terhadap bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim... Mahathir ketika itu telah menggunakan kuasa veto sebagai Perdana Menteri untuk menghukum Anwar.

Anwar yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu, telah dipecat oleh Mahathir atas kesalahan yang kini masih menjadi tanda tanya, serta sanggup menghumban Anwar ke dalam penjara diatas fitnah-fitnah yang dilemparkan....

Selain itu, Anwar yang telah dihumban ke penjara turut dianayai apabila Mahathir telah mengupah seseorang untuk membelasah Anwar di dalam bilik jeriji besi itu.

Rakyat yang hidup ketika itu cukup mengenali kezaliman Mahathir terhadap Anwar sehinggakan Mahathir yang kononnya Perdana Menteri paling disegani ketika itu telah digelar sebagai 'Maha kejam' dan 'Maha firaun'.

Walaupun tindakan Mahathir mengkhianati Anwar itu jelas menunjukkan bahawa Mahathir berdendam dan menganggap Anwar sebagai musuh utamanya....

Mahathir sama sekali tidak pernah mengaku bahawa beliau bermusuh dengan Anwar dan hanya memperbetulkan kesalahan yang dilakukan Anwar ketika memangku jawatan Perdana Menteri.

Sekian lama perkara itu berlalu... Mahathir akhirnya mengaku bahawa dia telah bermusuhan dengan Anwar selama menjadi Perdana Menteri dan kini beliau tidak lagi menganggap Anwar sebagai musuhnya.

"Saya tidak lagi bermusuh dengan Anwar. Itu semua di masa lalu," kata bekas Mahathir.

Pelik, dengan secara tiba-tiba Mahathir memaklumkan beliau tidak lagi bermusuhan dengan Anwar.... Sejauh manakah kebenaran bahawa Mahathir kini tidak lagi menganggap sebagai musuh??

Jika benar Mahathir sudah tidak menganggap Anwar sebagai musuh, kenapa sehingga hari ini Mahathir masih menyerang Anwar dan tidak pernah berjuang untuk membebaskan Anwar sebagaimana dilakukan oleh pemimpin Pakatan Harapan??

Ini semua merupakan taktik Mahathir untuk terus mendapatkan sokongan dari pihak Pakatan Harapan pro-Anwar yang masih berkeras menolak gerakan Mahathir untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri...

Mahathir sedar sokongannya 'lemah' apabila gagal membantu Pakatan Harapan memenangi kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini.

Hakikatnya, Mahathir sehingga hari ini masih menganggap Anwar sebagai musuhnya. Demi mendapatkan sokongan lebih kuat, Mahathir terpaksa berpura-pura mengatakan dirinya sudah tidak menganggap Anwar sebagai musuhnya lagi untuk mendapatkan sokongan dari penyokong-penyokong Anwar. -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top