0

Sudah la merajuk orang tak nak dengar cakapnya... Lepas tu tergamak pulak keluar parti UMNO semata-mata kerana kehendaknya tidak dituruti. Kemudian bila orang dok pujuk dan mengajaknya berdamai serta kmbali kepada parti UMNO... Ehhhh jual mahal pulak orang tua ni siap letak syarat kalau nak dia kembali pada parti.

Ehhhhhh.. Dia tu sapa?? Intan?? Emas?? Berlian?? Ingat berharga sangat la konon sampai nak letak syarat bagai... Kalau takde dia dalam parti pun UMNO boleh hidup la! Orang lain sibuk ajak kembali dalam parti sebab kesian tengok dah tua kerepot tapi dipergunakan oleh pihak pembangkang Pakatan Harapan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan tidak bersetuju dan menolak sekeras-kerasnya syarat-syarat yang diutarakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya mahu dia menyertai semula parti UMNO.

Ehhhhhh... Takde masa nak layan kehendak dungu Mahathir tu, dia ingat dia siapa?! Kalau teringin nak masuk dan kembali pada UMNO, dipersilakan. Tapi kalau siap dengan bersyarat bagai... Hahahah kirim salam saja la. Pergi la melingkup dengan Pakatan Harapan tu.

“Kita sudah sampai satu tahap di mana tidak lagi boleh memarahi tindakan Tun sebaliknya hanya berasa sedih melihat seorang negarawan membuat pusingan 180 darjah dengan menyokong pembangkang.

“Tak apalah, kita tunggu. Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahamad Zahid Hamidi) sudah menghulurkan tangan untuk beliau kembali kepada UMNO. Kita akan tunggu hingga Tun bersedia kembali bersama kita dan kalau boleh biarlah tanpa syarat,” katanya dalam satu sidang media di Taman Rancangan Perumahan Awam Fasa 4 di Kuala Kangsar.

Sebelum ini Mahathir meletakkan dua syarat sekiranya memahukan dia untuk menyertai parti UMNO semula. Amboiiii kalah anak raja bebbbb dia ni! Syarat yang pertama, Mahathir mahu supaya Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak disingkirkan serta digugurkan. Syarat kedua pula adalah, Mahathir mahu parti itu dipulihkan semula tanpa adanya Najib.

Tak masuk akal langsung kan... Sebenarnya sebab Mahathir meninggalkan UMNO adalah disebabkan kepimpinan UMNO tak mahu layan karenahnya yang mahu presiden UMNO digugurkan. Huhhhh! Jangan mimpi la... Tak balik kepada UMNO pun takpe. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top