0

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak sebelum ini pernah mencabar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi ketua pembangkang ekoran Mahathir kini giat bersengkokol bersama pemimpin-pemimpin pembangkang.

Cabaran ini dibuat kerana dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini, Mahathir telah turun padang membantu kempen jentera Pakatan Harapan sekaligus membuktikan bahawa Mahathir kini menjadi kuda tunggangan Pakatan Harapan.

Mahathir yang giat berkempen membantu calon Pakatan Harapan iaitu calon Parti Amanah Negara (PAN) kononnya mampu menewaskan Barisan Nasional dalam dua PRK ini... Bagaimanapun dilihat gagal apabila Pakatan Harapan tewas di kedua-dua kerusi terbabit.

Memang susah laa Pakatan Harapan nak menang... Dah berbuih dah cakap yang Mahathir tu tak boleh pergi dah... Pembangkang dapat sokongan Mahathir pun takkan dapat tumbangkan Barisan Nasional... Cakap banyak kali dah tapi tak nak percaya.

Berapa kerat jer sokongan Mahathir sekarang ni... Tambah-tambah pula Mahathir kini sanggup bersama parti anti-Islam... Memang habislah sokongan dia... Dah lepas PRK ni baru korang nampakkan hasilnya macam mana.. Mahathir tak kuat dah.

Bila Mahathir dilihat sering bersama Pakatan Harapan.... Ramai pihak menggesa supaya Mahathir mengambil alih tempat Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang.... Ini kerana Wan Azizah tidak komited untuk membantu rakyat... Apa yang dikejarkan Wan Azizah adalah untuk membebaskan suaminya yang terbukti merupakan seorang peliwat.

Rasanya, elok juga Mahathir menggantikan Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang... Mahathir yang sering bersama pembangkang pun dah nampak macam ketua... Ni sebab semua pemimpin pembangkang kini hanya mendengar cakap Mahathir berbanding mendengar cakap Presiden parti.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top