1

PAS sebelum ini telah meletakkan diri mereka sebagai sebuah parti politik yang matang, tapi hakikatnya PAS  cuma 'syok sendiri' kerana mereka belum cukup matang untuk digelar seperti itu di dalam arena politik Malaysia.

"Pendekatan politik matang Pas yang tidak menyerang Umno-BN masih belum dapat mengalih pengundi Umno yang sedang dilanda krisis ke dalam peti undi Pas,” kata Datuk Mahfuz Omar.

Dalam PRK juga kita dah dapat tengok politik kebudak-budakan PAS melalui kenyataan riak mereka, yang bangga dengan undian melayu yang setia bersama PAS walaupun adanya PAN. Mungkin bagi PAS undian melayu sudah cukup untuk berdepan dengan pru-14 nanti.

Sepatutnya PAS harus membuka ruang dan mencari jalan untuk meraih undian cina,india atau apa-apa agama sekalipun, sebab PAS perlu faham di Malaysia terdapat pelbagai jenis kaum. Malangnya, PAS sudah cukup puas hati dengan undian melayu saja kepada mereka, malah berbangga undi melayu tidak lari kepada PAN.

Parti islam itu turut mempertikaikan PAN yang mendapat undian cina lebih banyak berbanding melayu, kalau macam tu PAS dan PAN ni lebih kurang geng la masing-masing dapat undian majoriti dari satu kaum saja. Cuba tengok BN semua mereka 'tapau' tak kira cina,india,melayu atau kadazan sekalipun BN tetap menjadi pilihan.

Tapi PAS tidak ambil ini sebagai satu pengajaran, masih lagi nak tunjuk hebat dengan kata-kata yang membina dan manis-manis belaka kepada rakyat dan ahlinya selepas PRK berlalu. Hakikatnya PAS tidak membawa apa-apa kemajuan di dalam parti mereka sedangkan ini bukan pertama kali PAS mengikuti pilihan raya.

Mungkin juga, PAS perlu mendalami semua teori Umno/BN baru boleh katakan parti islam tersebut sudah matang. Walaupun PAS sedar akan kepincangan pemimpin mereka tapi tetap menjadi bodoh sombong tanpa merujuk kekalahan mereka yang lalu. Jika masih bersikap begini tidak mustahil PAS akan pupus dan akan digantikan dengan PAN. -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top