0

Ada-ada saja yang tak kena dengan puak pembangkang ni... setiap isu yang berkaitan dengan politik yang membabitkan UMNO dan Barisan Nasional pasti akan dihebahkan supaya ia dijadikan isu untuk bualan rakyat.

Anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar nampak macam sengaja memperbesarkan isu perletakan jawatan menteri kewangan kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah dalam rombakan kabinet semalam.

Agak mengejutkan apabila menteri kewangan kedua itu mengambil keputusan drastik dan mengundur diri dari menyertai kabinet Datuk Seri Najib Razak. Perkara itu diumumkan perdana menteri semalam.

Namun begitu, apa yang korang nak hairankan... Husni mengambil keputusan mengundur diri atas masalah peribadi dan langsung takde kena mengena dengan perdana menteri. Dah itu keputusan dia tak kan kita nak bantah kot.

Mahfuz dilihat sengaja menimbulkan isu tersebut sebab nak kelirukan rakyat... nak bagi rakyat tuduh Najib menjadi punca kepada perletakan jawatan Husni. Ehhh korang ni dah kenapa?? kena pecat salah letak jawatan pun salah... setia pada kabinet lagi la salah. Adoi tak faham betul la.

Kononnya Mahfuz syak yang perletakan jawatan Husni tu ada kena mengena dengan  negara yang dilanda krisis kewangan dan kontroversi 1MDB yang ‘belum selesai’. Masih berteka-teki kenapa letak jawatan... Adoi busybody betul la!


“Saya berkeyakinan kedudukan mereka dalam kabinet mempunyai banyak pengetahuan yang tersembunyi berkaitan perkara penting yang membabitkan Najib dalam skandal besar negara sehingga mereka tidak lagi bersedia bersekongkol dengan kejahatan Najib.

“Perletakan jawatan Husni menimbul dan meninggalkan seribu satu persoalan.

"Yang pasti bagi saya ini adalah protes senyap dan undi tidak percaya terhadap Najib,” katanya.

Dalam rombakan kabinet semalam, Najib mengumumkan Datuk Johari Abdul Ghani naik daripada jawatan timbalan menteri kewangan kepada Menteri Kewangan Kedua. Sekaligus menggantikan Husni yang undur diri atas sebab peribadi.

Tapi Mahfuz ni dok tak puas hati dan cuba untuk meracun pemikiran rakyat konon ada masalah tersembunyi antara Husni dalam kabinet. Akai Mahfuz tu nak salahkan Najib sebab tu dia acah-acah mengharapkan penjelasan dari Husni. Dah dia kata masalah peribadi jadi buat apa Mahfuz nak sibuk-ibuk ambil tahu.

“tampil untuk berkata benar untuk negara dan rakyat”.

“Tidak cukup sekadar melepaskan semua jawatan tanpa terus berjuang. Demi Malaysia, Husni perlu bersama rakyat Selamatkan Malaysia,” kata bekas naib presiden PAS itu. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top