0


Terkejut beruk Miss A baca kenyataan yang dikeluarkan oleh penyanyi terkenal Indonesia Ahmad Dhani.. Baru-baru ini, Ahmad Dhani dah tweet kenyataan mengatakan ‘babi itu halal dimakan’.. Ikut hadis mana babi ni halal di makan pulak ni?

Pada yang masih tak tahu, kat Indonesia Ahmad Dhani bukan saja dikenali sebagai seorang penyanyi.. Tapi, Ahmad Dhani juga dah pun mula dikenali sebagai ahli politik, Ahmad Dhani dah mula berjinak-jinak dengan dunia politik..

Dah muatnaik status yang dah menyentuh sensitiviti agama Islam, banyak rakyat Indonesia yang beragama Islam dah kecam penyanyi itu dan sifatkan Ahmad Dhani dah mula tak popular dalam industri seni.. Sebab tu Ahmad Dhani mula alami tekanan dan muatnaik status bodoh..

Kalau baca betul-betul status yang dimuatnaik Ahmad Dhani, sebenarnya itu bukan maksud sebenar yang cuba disampaikan, “Makan babi itu halal kalau babinya bersih dan dimakan dengan niat yang agung... Anjing,”

Miss A rasa tweet Ahmad Dhani ni nak ‘memerli’ seseorang, sebab di hujung perkataan yang ditulis Ahmad Dhani ada perkataan ‘anjing’.. Peminat yang tak faham maksud sebenarnya Ahmad Dhani dah kutuk penyanyi itu..

Mungkin lepas ni kalau Ahmad Dhani nak perli seseorang jangan gunakan isu sensetif libatkan agama.. Tengok gaya hidup Ahmad Dhani dan keluarga yang terlalu suka bersosial, memang boleh percaya kalau Ahmad Dhani keluarkan kenyataan babi halal dimakan..hahaha.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top