0

Bila dah sampai Pilihan Raya banyak la janji manis sampai ke bulan yang di tabur oleh pihak pembangkang kepada rakyat. Janji yang bertimbun sebelum ni pun belum ditunaikan,  dah buat pulak janji baru untuk PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Kalau nak di susun janji pembangkang yang tak ditunaikan ni, rasanya lagi tinggi janji mereka dari menara KLCC tu. Yela pembangkang ni tahu canangkan je tapi bila dah sampai masa rakyat tuntut janji, mula la semua pemimpin pembangkang jadi batu.

DS Ismail Sabri juga telah menyifatkan manifesto pembangkang yang dilaungkan dalam kempen PRK kali ni hanya angan-angan kosong. Pembangkang hanya tahu keluarkan manifesto dan telah mengariskan pelbagai agenda tapi pembangkang sendiri belum pasti dapat melaksanakannya atau tidak.

walaupun parti pembangkang menang sekalipun, janji mereka tak mudah untuk ditunaikan  sebabnya BN masih lagi menjadi kerajaan persekutuan. Mungkin, janji yang melangit oleh puak pembangkang ni akan terlaksana jika mereka sendiri  yang menerajui kepimpinan negara.

Sebaliknya, calon BN yang belum menjadi ahli parlimen yang sah sudah dapat menunaikan janji kepada rakyat. Sebab tu..rakyat kena faham kenapa perlu undi BN. Dengan kuasa veto kerajaan BN je dapat tunaikan semua kehendak rakyat seperti yang dijanjikan, agaknya kalau tunggu pembangkang yang nak tunaikan  janji tujuh keturunan belum tentu dapat merasa.

"Kita ambil contoh calon BN di Kuala Kangsar (Datin Mastura Mohd Yazid), dua daripada lima agendanya iaitu menyegerakan pembinaan Jambatan Manong menyeberangi  Sungai Perak, serta menaik taraf Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (Kuisas) supaya diberikan status universiti, sudahpun diluluskan serta merta," katanya.

Nampaknya, pembangkang kena nilai dulu mampu ke nak tunaikan apa yang di janjikan. Ada jugak pembangkang ni kadang-kadang bebal, kononnya manifesto dikatakan tidak perlu untuk ditunaikan sebab itu bukan janji. Tapi bagi rakyat itu adalah agenda yang ditunggu-tunggu untuk menilai sejauh mana tahap kepimpinan pembangkang.

Mungkin juga, rakyat perlu nilai calon dari segi kerja dan usaha yang telah ditunjukkan . Jangan harap sangat manifesto pembangkang tu, BN adalah pilihan terbaik rakyat sebab dah terang semua agenda yang dibangkitkan calon BN akan dapat dilaksanakan. -Hkay/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top