0

Tak sabar rasanya Miss A nak tengok telefilem yang bertajuk ‘Mark dan Ana’ yang dilakonkan oleh Mark Adam dan Ozlyn Wati.. Jalan cerita telefilem ini adalah kisah benar yang telah dilalui oleh Mark dan isteri..

Watak Mark dilakokan sendiri oleh Mark dan bergandingan dengan Ozlyn memegang watak sebagai Ana iaitu isteri Mark.. Telefilem ini bakal menemui penonton pada hari raya ketiga di saluran Astro Warna..

Ingat lagi tak Mark pernah kongsikan kisah hidup di stesen radio Sinar FM? Video Mark kongsikan kisah hidup dirinya itu dah pun viral dan menarik perhatian netizen.. Ada yang sedih dan ada babak lawak dah dilalui oleh Mark..

Pengalaman yang Mark tak dapat lupakan bila tiba di Malaysia dan menangis dua jam sebab terpukau tengok KLCC.. Mark yang tinggal di Filipina dan menetap di kawasan setinggan tak pernah dan dapat tengok pembangunan yang pesat seperti di Malaysia..

Bermula dari situlah Mark dah buatkan Datuk Rosyam Nor berminat nak mengangkat kisah hidup Mark menjadi telefilem.. Pihak Astro juga berminat untuk hasilkan cerita ini dan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dah merealisasikan..

Mark tak kisah untuk kongsikan kisah hidup sebab nak beri motivasi pada semua orang.. Telefilem itu menceritakan kehidupan Mark yang susah sehingga berjaya seperti sekarang.. Tapi, jalan cerita telefilem ini bukan 100 peratus kisah hidup Mark, dah diolah untuk lebih sesuai dengan karya komedi..

Jangan lepaskan peluang tengok telefilem kelakar ini di hari raya ketiga, pakat berkumpul satu keluarga depan TV tengok Mark..hehehe.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top