0

Nampaknya gelora di jiwa untuk memiliki cahaya mata dah semakin membuak-buak di hati penyanyi Marsha Milan.. Walaupun baru beberapa bulan mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, Marsha tak malu untuk dedahkan dirinya memang berharap sangat untuk segera menimang cahaya mata..

Walaupun sedar rezeki anak di tangan Allah, Marsha akui tertekan bila fikirkan tentang anak.. Ingat lagi tak Marsha pernah dedahkan pada media tak sabar nak miliki cahaya mata dan ada kala rasa tertekan diri masih lagi belum hamil?

Ramai juga antara peminat Marsha yang minta penyanyi kesayangan dorang ini tak terlalu tertekan memikirkan soal anak.. Sebelum ini Marsha hanya dedahkan diri rasa tertekan masih tak ada anak, kali ini Marsha dedahkan rasa tertekannya itu timbul kerana rakan-rakannya..

Rakan-rakan artis mungkin? Marsha tertekan bila tengok rakan-rakan yang lain dah pun mengandung.. Kalau rakan artis tu Miss A rasa antara artis wanita yang sedang hamil adalah Nad Zainal dan Yana Samsuddin..

Tahun ini ramai artis wanita yang sudah menyambut kelahiran cahaya mata pertama dan ada juga bakal menyambut cahaya mata.. Setiap hari buka laman sosial mesti tengok rakan-rakan muatnaik gambar dan video main dengan anak..

Wanita mana yang tak tertekan, tambah pulak kalau Marsha tengok video sweet yang dimuatnaik oleh Hanis Zalikha baru-baru ini yang pernah viral.. Mesti lagi sakit hati, ada beberapa wanita yang dah berkahwin tapi masih tak miliki anak pun luahkan rasa sedih bila tengok video Hanis..

Buat bakal-bakal ibu dan sudah pun jadi ibu jaga la hati wanita lain yang sudah berkahwin tapi tak miliki cahaya mata.. Tak payah nak tunjuk rasa excited dapat anak sampai setiap saat nak muatnaik gambar dan video anak saja.. Orang lain pun ada anak, tak ada nak show off sangat.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top