0

Masa depan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikatakan lebih cerah dan terjamin jika dia menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), selepas dipecat daripada UMNO akibat masalah disiplin.

Betul ke macam tu?? Agaknya masa depan Mukhriz ni ada dalam tangan Presiden Amanah, Mohamad Sabu kot.

Haaaa.... elok sangat-sangat la tu perangai pun ada sikit-sikit macam Amanah jadi memang layak sangat la kalau Mukhriz sertai Amanah. Perangai suka memfitnah dan sebarkan berita palsu memang makanan Amanah dan Mukhriz.

Gomez yakin dorang mampu menjadi satu gabungan yang meletopppp! Jangan lupa ajak sekali bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tu yer haha!.

Pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik tidak menolak kemungkinan yang Mukhriz dan Muhyiddin akan menyertai parti Pakatan Harapan tersebut.

Nampaknya tidak lama lagi dua pemberontak tu bakal menjadi khadam paling setia pada pakatan pembangkang. Memang sesuai dengan muka dorang kalau dorang pilih untuk sertai Amanah.

"Selepas apa yang berlaku, apakah mereka akan sertai Pakatan Harapan atau menubuhkan parti baharu?...Namun untuk menubuhkan sebuah lagi parti politik Melayu yang baru agak tidak efektif. Cukuplah kita lihat jerih payah Amanah yang sehingga kini terpaksa berkorban dan membanting tulang untuk melebarkan pengaruh mereka di kalangan orang Melayu di luar bandar.

"Pilihan yang terbaik ialah untuk mereka menyertai Amanah dan parti tersebut melakukan penstrukturan semula untuk menerima sebilangan besar ahli-ahli Umno yang mendokong dan menyokong Tun M dan kedua-dua Muhyiddin dan Mukhriz," katanya

Kalau dorang sertai Amanah, setidaknya dapat juga Mukhriz dan Muhyiddin tabur jasa untuk parti baru dorang tu hahahaha.. Contohnya tolong mempopularkan lagi parti Amanah yang suram dah tak glamor tu  kan!

Meletopp la Amanah lepas ni.. Jadi takde la Amanah nak salahkan logo kalau dorang kalah pilihanraya nanti kann... huhu...-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top