0

Calon BN Mastura Yazid diberi kesinambungan dengan panggilan 'wanita besi' yang juga diguna pakai oleh TS Rafidah Aziz sebelum ni, Rafidah juga pernah memenangi kerusi parlimen Kuala Kangsar pada pru-12.

Kesinambungan itu telah disuarakan oleh DS S K Devamany yang mahu menjadikan azimat buat Mastura untuk menepuh PRK Kuala Kangsar kali ini dan juga dapat membangunkan Perak sekaligus negara.

"Saya percaya Datin Mastura akan menjadi seorang pemimpin dan Ahli Parlimen berjiwa rakyat. Kerana dia, beribu-ribu orang akan turun membantu dan simpatinya bukan kerana kehilangan suami.

Walaupun sebelum ini Mastura dilanda kontroversi, tapi semangat yang ditunjukkan oleh beliau dapat mengatasi segala tohmahan yang dilemparkan oleh pembangkang. Keutamaan yang dapat dilihat di dalam kepimpinan Mastura juga jelas, beliau hanya menjaga kepentingan penduduk Kuala Kangsar dan tidak mengunakan isu peribadi untuk meraih undi.

Sebelum ini , Mastura sudah bergiat aktif bersama arwah suaminya untuk menjaga kebajikan rakyat dan kawasan sekitar. Sebab tu..keperibadian Mastura telah diketahui umum oleh rakyat Kuala Kangsar dan mudah bagi BN untuk menjual nama Mastura kepada pengundi di kawasan tersebut.

Mungkin, dengan latar belakang akademik yang baik juga mendorong calon BN ni mendapat sokongan padu dari kalangan ahli BN sendiri. Mastura juga akan dilihat sebagai replika Rafidah dalam memajukan Kuala Kangsar.

Isu iddah calon BN yang hangat diperkatakan pembangkang juga tidak menghalang Mastura dan anak-anaknya  untuk meneruskan perjuangan bagi memastikan kemenangan BN. Panggilan 'wanita besi' kepada Mastura akan menjadikan beliau lebih kuat untuk menempuh cabaran sebagai salah seorang pemimpin wanita. -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top