0

Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd. Yazid menyifatkan sokongan daripada masyarakat setempat menambahkan keyakinan beliau dalam memastikan kemenangan akan berpihak kepada BN.

Begitupun menurut Mastura, beliau dan jentera parti tidak boleh terlalu selesa sehingga pukul 5 petang esok.

"Sebagai seorang calon sudah tentu saya mempunyai harapan yang tinggi kepada jentera parti yang bekerja pada tahap maksimum untuk pastikan kemenangan berpihak kepada BN.

"Saya berharap untuk meningkatkan majoriti sekiranya menang dan pada masa yang sama, kami tidak boleh begitu selesa," katanya yang ditemui pada sidang akhbar di kediamannya di sini tadi.

Beliau pada masa yang sama turut memberitahu, tempoh kempen selama dua minggu merupakan sebuah perjalanan yang cukup panjang baginya dan anak-anak.

Menurut Mastura, sebagai seorang calon, beliau memiliki sebuah harapan yang tinggi supaya pengundi-pengundi BN akan keluar beramai-ramai melaksanakan tanggungjawab mereka demi negara.

Post a Comment

 
Top