1

Amboiiii.... bangga tak kira la Parti Amanah Negara (Amanah) dan Presidennya, Mohamad Sabu. Mesti tengah senyum sampai ke telinga macam kerang busuk sekarang ni. Mana tidaknya, walaupun Amanah kalah dia kedua-dua kawasan Parlimen... Namun begitu Amanah berjaya mengalahkan Pas di Parlimen Sungai Besar.

Elehhhhh... Menang dengan Pas je pun... Itu pun kat Sungai Besar je sebab di kerusi Parlimen Kuala Kangsar Amanah tetap kalah dengan Pas. Tapi Mohamad Sabu atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu dok buat syok dapat kalahkan Pas.

Menurut Mat Sabu, ‘kemenangan’ Amanah di Sungai Besar adalah hasil titik peluh dan jasa Tun Dr Mahathir Mohamad, pemimpin Pakatan Harapan (PH) serta badan bukan kerajaan lain sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar.

Katanya ‘kemenangan’ yang diperolehi Amanah sangat bermakna bagi mereka... Kononnya sokongan yang ditunjukkan oleh  PH dan pergerakan Deklarasi Rakyat yang diketuai Dr Mahathir itu memberikan nafas baharu kepada parti itu.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada PKR, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, Pakatan Harapan, DAP, Lim Kit Siang dan lain-lain yang bekerjasama memastikan wakil Amanah ada peluang menjadi ahli Parlimen.

“Kami berterima kasih kepada Deklarasi Rakyat dipimpin Dr Mahathir yang turun menunjukkan sokongan,” kat Mat Sabu.

Mana taknya, Amanah kalau boleh kalahkan Pas itu sudah besar rahmat bagi mereka. Nak kalahkan Barisan Nasional (BN) memang tahu dah tak mampu... Tapi dalam pengiraan Gomez, Amanah akan kalah teruk jika tanpa sokongan Mahathir, PH serta undi daripada masyarakat Cina.

Korang tengok jela di Kuala Kangsar, Amanah tetap kalah dengan Pas sebabnya di Kuala Kangsar majoriti orang Cina kurang dari Sungai Besar. Hanya di Sungai Besar, Amanah dapat mengalahkan Pas walaupun kedua-dua parti pembangkang itu tewas kepada calon Barisan Nasional, Budiman Mohd Zohdi.

Budiman menerima 18,600 undi, diikuti calon Amanah, Azhar Abdul Shukur (7,609) dan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman (6,902). Elehhhhh... baru menang dengan Pas tapi dah berlagak. Kononnya ‘kemenangan’ mereka itu sebagai satu “penjajaran semula” politik tanah air.

“Mereka boleh lihat isu dan bersatu seperti di negara barat. Ini political allignment baru yang akan datang,” katanya.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

  1. Hallo.. mat sabun... buat analisa la sikit.... undi orang cina yg tolong .... itu pun bangga.... melayu mcm engkau nnie nanti yang akan jual. malaysia

    ReplyDelete

 
Top