0

Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu sebelum ini mendakwa bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan satu agensi yang memusnahkan kehidupan orang-orang Melayu.

Ekoran dakwaan Mat Sabu itu, beberapa pemimpin serta orang ramai mengecam bekas Timbalan Presiden Pas itu dengan mengatakan Mat Sabu kini 'berotak parti cina kiasu' atau bahasa mudahnya terpengaruh dengan ajaran DAP.

Hmm... Sebenarnya dah muak nak cerita mengenai Mat Sabu ni.... Orang pun dah tahu Mat Sabu ni 'khadam' seumur hidup DAP.... Sebab tu Mat Sabu berani memecah-belahkan Pas sehingga menubuhkan sebuah parti baharu.

Mat Sabu ni sebenarnya bukan 'berotak DAP'.... Tetapi otaknya telah dikawal oleh DAP.... Apa yang dibuat atau dilakukan Mat Sabu sebenarnya telah diarahkan oleh 'abang long'.... Mat Sabu bukan boleh bertindak sesuka hati.

Lagipun Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah telah mengesahkan bahawa PAN ni sebuah parti yang 'nanar' atau bahasa mudahnya 'bengong'... Memang betul pun PAN merupakan parti yang bengong.

Tengok jelah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.... PAN masuk bertanding pun atas arahan sapa... Bukannya atas arahan Pakatan Harapan.... Tapi atas arahan DAP!!

Pakatan Harapan sebenarnya tak nak bertanding pun dalam PRK ni.... Sebab nak bagi laluan kepada Pas kerana kedua-dua kerusi ini merupakan kerusi tradisi parti Islam itu... Tak naka ada pertembungan 3 penjuru.

Tapi, disebabkan dendam kesumat DAP terhadap Pas.... PAN diarahkan untuk masuk bertanding supaya menghalang laluan Pas untuk memenangi dua kerusi yang diramalkan mampu dirampas oleh Pas.

Bila PAN masuk bertanding PRK ni... Jelaslah otak-otak  PAN telah dikawal oleh DAP.... Lagipun, PAN masuk bertanding ni semuanya ditaja oleh DAP... Dari wang deposit sehinggalah wang perbelanjaan berkempen, semuanya ditaja oleh  DAP. -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top