0

Siapa lagi yang tak kenal dengan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu ni... Orang panggil dia Mat Sabu, tak pun Mat Sabun la lagi famous.

Apa yang dia cakap semua dia main ikut sedap mulut dia je. Pakai main bedal je langsung tak selidik dahulu mahupun nilai dulu sesuatu benda yang dia nak cakap tu berdasarkan fakta atau pun tidak.

Hentam saja laaa fitnah ke palsu ke betul ke salah je semua dia tak kisah!

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini menggelarkan Mat Sabun sebagai individu yang suka membuat kenyataan semberono dan tidak berasaskan fakta.... Tuduh orang pelingkut Melayu tapi pada hakikatnya dia yng dok melingkup orang Melayu.

"Bagi saya, Mat Sabu ni banyak yang dia cakap itu merapu. Mana boleh dia tuduh Mara sebagai pelingkup Melayu," tegas Ismail Sabri yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Sebelum ini Mat Sabun tu ada mengeluarkan satu kenyataan katanya Majlis Amanah Rakyat (Mara) banyak beri kesan buruk kepada orang Melayu.

Bukan tu je kata Mat Sabun tu lagi Mara yang bertanggungjawab melingkupkan orang Melayu. Padahal semua orang tahu yang Mara sebenarnya telah benyak melahirkan individu yang berjaya dan lebih sejuta pelajar berjaya berkat keprihatinan mereka yang menyediakan pendidikan dan kebajikan yang baik kepada masyarakat.

"Biasalah, saya tengok ucapan dia, tidak pernah berdasarkan fakta, dia main cakap saja apa yang dia mahu cakap. Jadi saya anggap dia merapu. Tidak perlu kita ambil endah apa dia cakap.

"Saya percaya penduduk Kuala Kangsar juga mempunyai pendapat sama. Dia kata Mara melingkupkan orang Melayu, otak DAP lah ni," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Program Ramah Mesra Pemimpin bersama peserta Felcra Berhad, di Kampung Bendang Kering, Kuala Kangsar, petang semalam.

Alaaaaaa.... siapa yang tak kenal dengan Mat Sabun ni! Cakap bukan main langcang dan menyakinkan tapi pada hakikatnya isinya cuma kosong!

Takde faedah langsung pulak tu, bukan tu je menipu pulak sepasal. Sama la macam dia cakap soal tandatangan Deklarasi Rakyat tu... Fakta bukan betul pun. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top