0

Bosan betul dengan pemimpin Pakatan Harapan ni... Tak boleh nak terima kenyataan langsung bahawa mereka memang sudah ditolak oleh rakyat apabila tewas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Asal kalah je.... Ada je alasan pembangkang nak bagi... Yang tak tahan tu... Pembangkang mula nak salahkan rakyat sebab tak pilih calon dorang sebagai wakil rakyat... Tuduh rakyat suka hidup ditindas bagai.

Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan PRK memaklumkan kekalahan Pakatan Harapan dalam dua PRK yang baru melabuhkan tirai pada Sabtu lalu disebabkan pengundi 'pening'.

Jelas Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar keliru sehingga pening untuk memilih parti pembangkang kerana pihak pembangkang bertelagak sesama sendiri.

"Pengundi jadi pening. Mereka keliru yang mana calon pembangkang yang hendak di pilih. Di Sungai Besar Pas bercakap mengenai betapa hebatnya kerajaan negeri kerana parti itu adalah sebahagian daripadanya dan begitu juga Amanah.

"Sepanjang tempoh berkempen di Sungai Besar, Pas kata ia adalah sebahagian daripada Pakatan Rakyat bersama PKR dan Amanah pula menjaja mesej ia adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan dengan DAP dan PKR.

"Keadaan ini menyebabkan para pengundi menjadi sangat keliru mengenai calon-calon Pakatan. Sebaliknya, BN/Umno tampil teguh bersatu menghadapi musuh-musuh mereka," kata Mat Sabu.

Sedar pun diri tu buatkan orang pening... Bukan setakat buat orang pening je... Buat orang menyampah pun iye jugak parti pembangkang ni... Macam-macam sangat tuduhan jahat yang dibuat pembangkang... Sampai dah naik lali tuduhan pembangkang ni.

Bila dah kantoi... Pastu mula kata sekadar bergurau bagai... Jadah apa tak tau nak bergurau... Pemimpin kerajaan takda masa nak bergurau dengan pemimpin pembangkang... Dari bergurau, baik pemimpin kerajaan fokus mensejahterakan rakyat... Ada gak faedah dari pemimpin pembangkang tu!!-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top