0

Ishh...Presiden Amanah ni sempat lagi dia buat onar semasa sedang berkempen untuk PAN. dengar ura-ura Mat Sabu ni hina bidang kuasa polis, tak hairan lah dengan Mat Sabu ni semua pihak dia nak salahkan, dia sorang je yang betul.

Semasa ceramah PAN  di Kuala Kangsar, yang disampaikan oleh Mat Sabu, dia ada sentuh pasal bidang kuasa pihak polis  dan menuduh polis tak habis-habis menggangu proses ceramah yang dianjurkan parti PAN. Mungkin, salah PAN tu sendiri anjurkan ceramah politik tapi tak ada permit.

Kalau macam tu..memang la polis akan halang, PAN sendiri yang mulakan masalah tapi sering salahkan pihak lain. sampaikan polis sendiri pun terkena tempias meroyan si Mat Sabu ni. Kononnya, polis seperti tidak senang duduk bila adanya ceramah PAN, nak salahkan kerajaan BN lah tu cakap polis asyik serbu je bila ada ceramah PAN.

Mungkin, Mat Sabu pun dah hilang arah taksub sangat untuk menang PRK. Sebab tu.. modal macam ni pun nak digunakan untuk merayu undi rakyat bagi PAN menang PRK kali ni. Jika PAN kalah malu la muka Mat Sabu dengan PAS sebab sebelum ni riak nak jatuhkan PAS.

Selain itu, Mat Sabu tak patut la nak kaitkan hal yang tidak berkaitan dengan politik, sifat pembangkang yang macam ni juga akan mempengaruhi rakyat untuk membenci bidang kuasa polis di malaysia. Nampak sangat Mat Sabu ni sengaja nak suruh rakyat benci kakitangan kerajaan.

Mungkin juga, Mat Sabu nak tiru Guan Eng jamu SPRM minum kopi, dia pun nak guna taktik sama la belanja polis pulak minum kopi. Pembangkang ni memang sebulu dalam misi menjatuhkan institusi kerajaan dan mahu menyemai pandangan buruk rakyat terhadap kerajaan. -Hkay/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top