1

Betul ka ahli PAS perlu belot untuk PAN ..? Desas-desus yang mengatakan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu menyeru ahli PAS belot terhadap parti islam itu dan beralih mengundi PAN, ekoran Pilihan Raya Kecil ( PRK) bagi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Hal ini, mencerminkan PAN sudah terdesak mahu undian rakyat untuk mencapai misi mereka bagi PRK kali ini.

Menurut  ‘teori’ Mat Sabu, perjuangan PAS tidak akan mampu menewaskan Barisan Nasional (BN) dengan cara bersendirian tanpa sokongan parti pembangkang lain seperti DAP dan PKR. Menerusi kemegahan Presidennya, PAN saja yang mampu menumbangkan BN kerana mendapat undian penyokong Pakatan Harapan dan ditambah pula dengan undian pembelot yang terdiri daripada ahli PAS.

"Nak kekal dalam parti itu, silakan tetapi tolong undi calon Amanah. Itu sahaja yang boleh cabar BN. Saya ulang sekali lagi, Pas bersendirian dia lebih kuat tetapi sukar untuk menang dalam pilihan raya. Yang bercakap ini bukan sembarangan orang tetapi bekas timbalan presiden," katanya..

Dengan pengalaman menjadi bekas Timbalan Presiden PAS , Mat Sabu terlebih yakin parti islam tersebut kuat apabila bersendirian dan dapat mengamit ramai pengikut melalui ceramah yang diadakan tetapi kesan daripada perkara tersebut tidak menjamin kemenangan dalam mana-mana Pilihan Raya yang telah disertai PAS. Mungkin dengan cara ini, PAN dapat menarik ahli PAS untuk berpaling tadah bagi mengikut jejak langkahnya.

Tambahan lagi, mungkin PAN meroyan dengan desakan Pakatan yang bergantung kepada PAN bagi meraih undi melayu.., dengan itu acara seruan oleh Mat Sabu akan memberi peluang kepada mereka untuk menarik lebih ramai undi melayu daripada ahli PAS dan juga penyokong setia parti tersebut. Walaupun kenyataan ini merupakan hasutan terhadap penyokong PAS tetapi bagi PAN ini adalah salah satu langkah untuk mereka menambah nilai undi.

Sifat mahu menang untuk kepuasan diri dan tidak berwawasan seperti ini tidak wajar untuk disokong dan hanya akan mencemarkan kredibiliti sebagai ahli pemimpin. Justeru, sebagai pemimpin dan jentera parti harus menilai masalah yang dihadapi rakyat di kawasan sekitar bukan hanya berkempen untuk menagih kemenangan sahaja. - Hkay/Utaranews.com

Post a Comment

  1. Apa punye Presiden... dah lah dia belot... ajak orang lain belot pulak... hai abang lunchai .... penyokong anti Islam dan komunis

    ReplyDelete

 
Top