0

Kata Presiden Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu... Pencapaian parti serpihan tersebut kini tidak lagi boleh di tolak bandingkan.... maknanya Mat Sabu ni nak cakap yang Amanah ni bukan calang-calang parti dan memang hebat pun!

Iyeke hebat?? Sebab sebelum ini parti tersebut hanya dianggap sebagai ‘parti nyamuk’ kerana hanya berfungsi sebagai pengacau sahaja. Tapi lepas sahaja Amanah buktikan kebolehan mereka dalam dua pilihan raya kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar... Terus Amanah jadi sombong.

Masalahnya apa yang dorang buktikan dalam PRK tu?? Cuma dapat kalahkan Pas di Sungai Besar tetapi kalah dengan Barisan Nasional (BN). Di Kuala Kangsar pula Amanah kalah dengan BN dan Pas... Jadi mana kehebatan mereka yang dibanggakan sangat tu??

Kononnya kata Mat Sabu, lepas dorang ‘menang besar’ dalam PKR tu.... Parti lain tiada hak untuk memanggil mereka ‘parti nyamuk’ lagi. Malah menurut Mat Sabu parti serpihan itu bukan lagi parti kecil yang dipandang hina sebelum ini.

“Kamu tak boleh panggil kami parti nyamuk lagi,” katanya dalam sidang media.

Alaaaaa.... Amanah menang dengan Pas di Sungai Besar pun disebabkan bantuan parti pembangkang dalam Pakatan Harapan dan sedikit sentuhan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad.

Ditambah pula dengan majoriti masyarakat di Sungai Besar adalah kaum Cina dan pastinya kaum Cina akan mengundi Amanah kerana ianya mewakili DAP... Masyarakat Cina pula memang taksub dengan DAP sebab tu dorang pilih Amanah. Cuba korang bayangkan kalau Amanah ni terkapai-kapai tanpa bantuan parti mana pun seperti yang berlaku pada Pas.

Sudah semestinya Amanah akan kalah dalam keadaan yang paling hina sekali... Korang tengok di Kuala Kangsar je la! Pas yang keseorangan pun mampu kalahkan Amanah, sedangkan parti serpihan itu mendapat sokongan dari Pakatan Harapan dan Mahathir. Jadi Mat Sabu ni jangan nak berlagak sangat kerana Amanah tetap jadi nyamuk tanpa Pakatan Harapan. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top