0

Kadang-kadang kesian tengok Parti Amanah Negara (PAN) ni.... Macam terdesak pun ada juga... Asal pemimpin kena 'reject' dari parti jer, mesti nak disapunya supaya menjadi ahli parti.

Kemon laa PAN... Kata PAN parti yang bermaruah.... Takkan nak kutip sisa-sisa parti yang dah tak memerlukan khidmat dorang... Oh lupa... ahli-ahli PAN ni pun memang sisa-sisa parti... Sisa Pas laa katakan.... Sebab tu dorang suka kutip sisa... Hahaha.

Yang paling seronoknya... PAN ni tak sabar nak tunggu bekas ahli Umno iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk menyertai parti serpihan Pas itu... Yang tak paling sabar nak tunggu Muhyiddin dan Mukhriz sertai PAN adalah Presiden parti, Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan gelaran Mat Sabu.

Menurut Mat Sabu, beliau bersedia membuka pintu untuk Muhyiddin dan Mukhriz menyertai PAN, namun terpaksa menunggu kerana terdapat desas-desus mengatakan Muhyiddin dan Mukhriz akan menubuhkan sebuah parti baharu.

Dalam masa sama, Mat Sabu turut memaklumkan bahawa sekiranya Muhyiddin dan Mukhriz berminat untuk menyertai PAN, pimpinan tertinggi PAN perlu bermesyuarat terlebih dahulu.

"Bagi pandangan peribadi, kita bersedia menerima dan bersifat terbuka. Sesiapa sahaja boleh masuk untuk jadi ahli Amanah. Tetapi sekiranya Muhyiddin dan Mukhriz berminat masuk Amanah, sebelum luluskan kena adakan mesyuarat dahulu," kata Mat Sabu.

Alahai... Poyo gila parti Mat Sabu... Nak kena ada mesyuarat dulu bagai.... Macam laa parti dorang tu kukuh sangat sampai perlu mesyuarat bagai sebelum nak terima Muhyiddin dan Mukhriz sebagai ahli... Buat lawak betul Mat Sabu ni.

Tak payah susah-susah nak mesyuarat nak luluskan keahlian Muhyiddin dan Mukhriz tu... Dorang memang layak pun sertai PAN... Dorang pun dah jadi khadam DAP macam PAN... So, memang dah lulus dan layak sertai PAN.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top