0

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah yang menjalani pembedahan usus di Hospital Pulau Pinang pada awal bulan ini dilaporkan sudah semakin sihat dan telah dibenarkan pulang dari hospital.

Alhamdulillah Ahmad Bashah telah diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Kedah selepas beliau mengambil alih tugas tersebut dari Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada awal tahun ini.

Ahmad Bashah yang menjalani pembedahan pada usus dan ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), dilaporkan sudah bersedia untuk kembali bertugas sebagai pemimpin nombor satu di negeri Jelapang Padi itu.

Pada 3 Jun lalu, Ahmad Bashah dilaporkan pitam semasa bermesyuarat bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah di sebuah hotel di Alor Setar telah dikejarkan ke hospital swasta di negeri itu untuk mendapatkan rawatan.

Di hospital swasta tersebut, Ahmad Bashah telah dimasukkan ke wad rawatan rapi ekoran mengalami masalah usus dan doktor menyarankan supaya pembedahan kecil segera dilakukan.

Ahmad Bashah yang disaran untuk melakukan pembedahan telah dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang pada 6 Jun lalu, telah melakukan pembedahan kecil pada usus dan selamat menjalani pembedahan yang memakan masa hampir lima jam. -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top