1

Tahniah diucapkan kepada Barisan Nasional kerana berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar sebagai kerusi milik Barisan Nasional.

Selain itu, tahniah juga diucapkan kepada jentera Barisan Nasional yang bertungkus lumus memenangkan calon Barisan Nasional dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) ini sehingga Barisan Nasional meraih majoriti yang cukup tinggi.

Paling mengejutkan dalam PRK kali ini ialah peningkatan sokongan kaum Cina yang disangka akan terus menyokong DAP mula beralih angin dengan kembali menyokong Barisan Nasional.

Peningkatan sokongan kaum Cina dalam dua PRK ini menunjukkan bahawa parti Cina dalam Barisan Nasional iaitu MCA dan Gerakan telah memainkan satu peranan yang cukup memberansangkan... Oleh demikian, MCA dan Gerakan harus mendapat pujian  terhadap peningkatan undi yang disumbangkan kaum Cina ini.

Walaupun PRK kali ini menunjukkan peningkatan undi masyarakat Cina yang hasil usaha gerak kerja MCA dan Gerakan.... Tapi MCA dan Gerakan harus diingatkan supaya tidak terus 'lena' dengan peningkatan ini.

MCA dan Gerakan perlu terus memainkan peranan dan menggandakan gerak kerja supaya undi masyarakat Cina terus meningkat dalam pilihan raya akan datang dan paling penting dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijangka akan diadakan pada tahun hadapan.

Selain itu, MCA dan Gerakan harus berkerja lebih keras supaya Pulau Pinang yang dikuasai DAP selama 2 penggal dapat ditawan kembali menjadi kerajaan negeri Barisan Nasional.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

  1. Pengundi cina ini pandai kerana dia tahu bila berlaku perpecahan dalam pakatan pembangkang party kaum mereka terutamanya DAP tidak boleh kemana dan kerana takut kuasa mereka terhakis terpaksalah mereka menyokong kerajaan.

    ReplyDelete

 
Top