0

Polis menahan lima lelaki kerana disyaki menyeludup mercun dan bunga api bernilai RM150,000 yang ditemui dalam serbuan di rumah di Kampung Pong, Jalan Padang Sanai, Padang Terap Kedah, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Padang Terap Deputi Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, serbuan dilakukan pada 12.15 malam di rumah berkenaan oleh sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 yang berpengkalan di Kuantan, Pahang berdasarkan risikan dan maklumat yang diterima.

Katanya, hasil pemeriksaan menemui 35 kotak coklat pelbagai saiz serta 29 guni plastik besar warna putih yang di dalamnya mengandungi mercun dan bunga api.

"Hasil siasatan mendapati, seorang daripada suspek mengaku menyeludup masuk semua kotak dan plastik guni berkenaan untuk dihantar ke Alor Setar dan pasaran setempat di negeri ini.

“Berdasarkan siasatan, suspek memperoleh mercun dan bunga api itu di Thailand dan percaya ia baru diseludup masuk sejak awal Ramadan lalu berikutan permintaan yang tinggi untuk musim perayaan inida sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap, petang tadi.

Beliau berkata, turut dirampas wang tunai berjumlah RM20,790 dan 31,000 baht (RM3,600) yang dipercayai digunakan sebagai modal untuk membeli mercun.

“Suspek masih ditahan untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya.

Post a Comment

 
Top