0


Tangan menjadi aset paling penting buat seorang lelaki dari Notting Hill, London kerana ia memperolehi pendapatan hingga £1,000 sehari dengan menjadi model tangan.. Lumayan weiii! Just tayang tangan jer, dah boleh meraihkan keuntungan lumayan.. Huhuuhu..

Lelaki yang dikenali Stuart Reed, 44 mengaku dia tak pernah melakukan kerja-kerja rumah bagi mengelakkan ‘asetnya’ tu terjejas.. Itu sebab jugak lah, dia menyerahkan semua tugasan rumah kepada teman wanitanya, Suzanne Woririca..

Kalau korang nak tahu, Reed menghabiskan masa berjam-jam bagi menjaga tangannnya tu turut mengelak daripada menukar tayar, menukar lampu, memassak, mencuci dan pekerjaan lain yang boleh menjejaskan atau memberi parut di bahagian tangan atau tapak tangannya..

Maklum lah sebagai model tangan, tangannya tu hanya digunakan untuk mempromosikan sesuatu produk jer.. Haishh! Stress jugak lah hidup dengan orang macam tu, taksub dengan tangan dia jer.. Miss pun hairan lah macam mana teman wanita dia boleh tahan yer, semua kerja dibuat sendiri tanpa dibantu.. Huh!

Difahamkan, Reed mula menjadi model masa mengembara ke Australia pada usia 24 tahun dan dia sendiri pun tak sangka pekerjaannya tu akan bertahan sehingga lebih 20 tahun..

Karier pertama Reed menjadi model tangan untuk katalog baju Korea dan sejak tu lah dia tak pernah menoleh ke belakang lagi.. Tangan Reed kini muncul dalam iklan untuk televisyen dan percetakan termasuk Iceland, Sainsbury’s dan Nivea..

Selain tu, dipilih untuk iklan Hugo Boss bersama dengan Jared Leto dengan tangannya digunakan dalam iklan terbabit.. Berbaloi lah dia jaga tangannya berpuluh tahun, akhirnya memberi pulangan yang lumayan.. Betul tak?? MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top